Friday, 23 December 2011

Manusia

Manusia. Selagi bernama manusia, selagi itu penuh dengan 1001 macam perangai yang memeningkan kepala otak. Aku kadangkala kurang jelas, kurang pasti dengan perangai manusia yang adakala sangat jelik dan sangat menjengkelkan. Maksud jelik? Rujuk kamus dewan. lol.

Kenapa manusia ni kadangkala bersikat bersikap menyusahkan sesama manusia? Sedangkan sebagai manusia yang sekufu, mereka sepatutnya saling bergantungan dan membantu antara satu sama lain.

Entah kenapa aku merapu memalam buta ni. Sebab aku mengantuk tapi tak dapat tido. lol

zzz

Monday, 19 December 2011

Hati Yang Rapuh

Ya Allah, andai ini yang telah Engkau takdirkan untuk aku, aku redha..
Tetapi aku mohon,
Engkau tabahkanlah hati aku..
Engkau kuatkanlah hati aku..
Dalam menghadapi dugaanMu..

Aku adalah makhluk ciptaanmu yang paling sempurna..
Tetapi, hati ini sangat rapuh..
Hanya Engkau sahaja mampu menguatkan hati pinjamanMu ini..
Ya Allah..
Bantu lah aku..

Tuesday, 29 November 2011

Nukilan Hati Wana Eiskay



Assalamualaikum.

Kadangkala aku merasakan bahawa tiada apa lagi untuk aku di dunia ini. Aku tak punya siapa. Aku tiada cinta. Aku tiada sayang. Aku tiada teman. Kerapkali aku merasakan sedemikian. Sehingga aku rasa mengalah dengan dunia ini.

Aku butuh teman. Aku butuh sayang. Aku butuh cinta. Dan aku butuh kan semuanya. 

Aku lemah. Aku lelah. Aku hina di dunia ini.

Aku tiada semangat lagi untuk teruskan. Aku benar-benar putus asa. Putus harapan. Benar-benar. Itu yang aku rasa.

Aku rebah. Aku tiada daya untuk bangun. Aku tiada daya untuk melawan. 

Tetapi.......

Di saat aku putus asa dan rebah.

 Dia kuat kan dan bangun kan aku. 
Dia titip kan semangat dalam hati aku.
Dia sembuhkan kedukaan aku.
Dia berikan aku kekuatan.
Dia berikan aku cintaNya.
Die berikan aku sayangNya.
Dia berikan aku segalanya.


Anugerah yang paling berharga bila....... Dia tak pernah tinggalkan aku.


YA ALLAH..



Nukilan : Wana Eiskay =)



Saturday, 26 November 2011

Doa AKHIR Tahun dan Doa AWAL Tahun


Assalamualaikum.
Sebentar sahaja lagi 1432 akan meninggalkan kita dan mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada 1433. Korang semua dah baca doa AKHIR tahun dan doa AWAL tahun ke belum? Kalau belum meh Wana attach :




Selamat beramal :)



Wednesday, 23 November 2011

For YOU Who Always Doing Nothing





Nice quotes.
Izzit? ;D


Assalamualaikum People !

Assalamualaikum.

Macam dah lama Wana tak jenguk belog Wana ni. Bukan Macam dah lama, patut tulis 'lama gila babeng'. Kan? kan? kan? Omg!

Rindu rindu jugak dekat belog ni, tapi sometimes ada banyak perkara yang membataskan dan membuatkan Wana malas nak bukak belog dan update entry.

Tapi start dari hari ni, Wana promise. Tak kira macam mana busy sekali pun Wana, i akan cuba update belog ni.

Till then people. ;)

Monday, 3 October 2011

Closed Hearts

There is time in life when i feel nothing for anyone. I cant feel LOVE inside my heart. I feel my heart door is closed. I close the door for any people who trying to reach my heart. I stopped them from open my heart and throw away the key.

Now, the key is missing. I wish someone could find it and open my heart. I wish for that.




"Dont exhaust your heart trying to look for the one you think you deserve. 
Instead you should save the best part of you for the person who deserves you,
 someone who came the time you didnt search"


I'll be waiting.


Jom tambah Traffik Belog




Sunday, 2 October 2011

Berdua Bersatu ?

Alkisahnya masa nak balik dari pasar malam last friday, keluar la pulak lagu ni kat radio. Lepas tu kawan aku si Qyn ni pegi kuatkan volume radio  tetibe. Siap suruh kami semua diam tau! Haha. Aku pun tanya la, sedap ke lagu ni? Qyn cakap dia suka dengan lirik dia yang gile bestttt ---> bak kata Qyn. So, aku balik bilik, aku pun search la lirik kumpulan ni. Qyn cakap kumpulan ni nama Forteen and tajuk lagu Berdua Bersatu. Jom aku share lirik lagu ni :



Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


Lepas baca lirik die, aku macam "Wahhhhh! Gile meaningful lirik die!"
Dan tak pasal-pasal aku dengan kawan-kawan aku yang lain end up asyik pasang lagu ni je.
Haha.



Video ni kot. Ntah, aku tak jumpa cari dekat Youtube.
Enjoy yaa =)


Friday, 30 September 2011

Jom Join Beloglist Bui



Reason join? Mesti la sebab Wana nakkkk support belog Bui.. ;D




Sunday, 25 September 2011

This Guy Unpredictable

Holla. Firstly i would like to tell you guys that this entry in basically about the feelings. Its all about what i feel and what i feel and also about what i feel. Eh, sama eyh aku type? Noob! Yeah, so it can be consider boring for certain of you. But if want to continue reading, thats my pleasure ^^

Well, there is nothing much that i want to share. It just about my feeling right now. And yes it related with a guy. (For sure la, tak kan related dengan girl pulak, tak langsi la). A guy that is soo-called unpredictable. Yes he is. And im sick of it.

I just dont understand this kind of guy. Or in other word is he is hardly to be understand. Yeah. Sometimes he act like im the only girl for him. He keep messaging and calling me all the time. Wishing morning and nites everyday and night. But on the other side, sometimes he just act so silent. You know, no messages, no calls. I seriously cant understand.

Oh no! Dont get me wrong. Its not that he likes me or he loves me. Yes we're friend and we're just friend. No hard feeling, but at least please treat me like a fren not like a jerk. Thank you.

Luahan hati kristal ehh silap! Luahan hati Wana.

Meeting You Was Destiny



Yes, it was a destiny and a choice.
But, i never falling with u.
Because.
Its not YOU that i want in my life.


Pic Courtesy : friendship-quotes



Saturday, 24 September 2011

Apa Yang Menarik Kat Google Hari Ni?

Holla guys. Korang ada bukak Google tak hari ni? I mean THIS. Kalau dah, good! Kalau belum, pegi bukak sekarang! Hehe. Wana nak share ni bagi korang yang belum. Bagi yang dah tau, duk diam-diam ek. Okay, jap Wana tunjuk apa kua dekat Google arini.



Comel kan? 
Itu kalau korang click dekat tapak tangan bawah muka dorang tuh, nanti kepala dengan mata dia akan ikut mana cursor korang pergi. Then korang try pulak click atau double click dekat mana-mana, mulut dia macam bercakap kan? Hee.

Sekian, selamat membuang masa.
Haha.


p/s : Wana pun bored ni, tak de apa nak buat ;)

Wednesday, 21 September 2011

Missing Someone?




Have u ever miss someone like hell?
If the answer is YES, 
do the people that u missed so much is missing you too?




Missing someone is Horrible, 
but knowing that they dont miss you back is HORRIBLE too!


Now, if that situation happen, maybe u cant try to stop missing him/her. 
;P


Pic Courtesy : Google



Monday, 19 September 2011

Suratan atau Kebetulan?


Suratan atau kebetulan? Pertemuan semula aku dan dia, adakah satu suratan atau hanya sekadar satu kebetulan yang tidak bermakna? Kenapa dalam banyak-banyak negeri di Malaysia ini, kami ditakdirkan untuk berada di negeri yang sama?  

Tidak pernah aku sangka bahawa penghijrahan aku ke negeri ini, jauh dari negeri asalku, telah menemukan aku dan dia sekali lagi di sini. Perasaan itu tetap sama cuma dalam suasana dan tempat yang berbeza. Suratan kah? Atau kebetulan kah?

Tidak juga ku sangka yang penghijrahan nya ke sini mempunyai seribu satu impian yang sama seperti impian aku. Cita-cita yang sama seperti cita-cita yang aku kejar. Suratan kah? Atau kebetulan kah?

Aku hanya percaya, itu adalah satu kebetulan yang tidak disengajakan.

Kebetulan aku dan dia terdetik hati untuk memilih negeri ini.
Kebetulan aku dan dia mempunyai cita-cita yang sama di sini.
Kebetulan aku dan dia memasang impian untuk berhijrah ke sini.

Semuanya kebetulan :)





Fragile Hearts


HIS heart?
What about MY Heart?
Does anyone care about how fragile it was?

Saturday, 17 September 2011

Apa Maksud Mimpi Ini?



Mimpi. Kenapa aku mimpikan dia semalam? Sedangkan antara kami tiada sebarang ikatan. Just friends. Itu ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan hubungan kami. Kami bukan couple, kami bukan pasangan bercinta, kami bukan pasangan kekasih. Tetapi kenapa dia?

Aku seorang yang susah untuk bermimpi tatkala aku tidur. Maka bagi aku, bukan senang bagi sesiapa untuk muncul ke dalam mimpi aku. Tidak semudah itu, mesti bayar cukai dulu lorh! Haha.

Tetapi ada satu perkara yang membuatkan aku tidak menyenangi yang amat tentang mimpi itu. Pada mulanya kami menaiki satu kereta ke satu destinasi. Sampai ke destinasi tersebut, kami berhenti untuk minum dan dia bertemu kawan-kawan nya di kedai minum yang sama. So, aku mintak kebenaran dekat makcik kedai tuh untuk guna toilet kat kedai die kejap. Selepas menggunakan toilet, aku keluar untuk mendapatkan dia, tetapi tidak ku ketemu. Bila aku berpatah balik, kedai yang tadi juga tidak aku ketemu. Kaget? Ya sememangnya dong! Handbeg aku, wallet dan handphone aku ada aku tinggalkan di kedai makcik tadi. Ahh sudahh! Dia hilang, kedai makcik tuh pun hilang. Aku berlari ke sana ke sini tetapi masih tidak ketemu.

Until finally, aku terjaga sebab jam aku yang aku dah kunci. Arghhh! Tak sempat aku nak tau ending dia.

So, pada pendapat korang apa maksud mimpi aku tu?
Adakah dia seorang yang tak boleh diharap? Haha..

=)

Pic Courtesy : Google

Friday, 16 September 2011

Stupid People




I see stupid people

They are everywhere. 
They walk around like everyone else. 

The saddest part is......
They dont even know that they are STUPID!


Thursday, 15 September 2011

Jom Belogwalking!


Saya suka belogwalking. Anda bagaimana?





Hello ! Im Back!

Assalamualaikum. Wana is back! Well, so what is Wana is back? Haha

Okay sebenarnya dah agak lama jugak Wana tak update belog. Last updated is on August. Kinda bizi and seriously memang tak sempat update any quotes and moral stories for you guys.

But now i m back. So, see you later.

Miss you :)

Monday, 29 August 2011

Simple Entry : Ucapan Raya Untuk Korang


Assalamualaikum.. Simple entry for this night.. Wana nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua follower kesayangan Wana dan juga semua blogger. Maaf jika ada tersilap kata tersasul atau terlajak bicara dengan korang semua. Makan rendang dan ketupat esok, ingat-ingat Wana dekat sini okayyy!




Oh ya korang. Jangan lupa pagi raya esok, sama-sama kita ziarahi pusara insan-insan kesayangan kita yang telah kembali ke Rahmatullah. Jangan lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan mereka di sana. Amin :)


Salam Lebaran From WanaEiskay!


Pic Courtesy : Iluvislam


They Are Back!



Tepu dada tanya Iman.




SLW 2nd Giveaway




Tag :


Saturday, 27 August 2011

Kebetulan Atau Suratan?




Kebetulan yang indah. Aku tak pernah percaya kepada kebetulan. Bagi aku semuanya adalah suratan daripada Allah, bukannya sekadar kebetulan.

Tetapi beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku semenjak dua menjak ni, telah membuatkan aku mengubah paradigma pemikiran aku. Aku mula percaya kepada suatu kebetulan.

Ya. Bukan semua kebetulan itu tiada bererti. Allah adalah pengatur dan perancang yang paling Adil dan Maha Hebat. Kebetulan yang Allah cipta untuk ku, telah memberikan aku seribu satu kebahagiaan.

Dan sekarang aku percaya, kebetulan itu juga yang telah membawa aku ke sana.





Jom Tambahkan Follower





Ohsem Quotes Part 6


T.I.M.E
People always say that they have not enough time or everything.
But, are they spent their time in a correct way?



Yes. U can never get your time back, once you spent it.

So, dont waste your time!
Use it wisely.
SO that you will never regret that!


Pic Courtesy : Google


Friday, 26 August 2011

Edisi Raya : Kad Raya dan Doodle Dari Rakan Blogger


ATTENTION : 
Ini sticky post sehingga raya. Entry baru sila scroll bawah :)


Assalamualaikum. Tadi dapat email dari seorang rakan blogger. Dia bagi saya kad raya maya. Thanks. So sebagai tanda penghargaan dan sebagai tanda terima kasih,  saya buat entry ini bagi rakan-rakan blogger yang kasi kad raya dan jugak doodle raya kat saya. Dan jugak saya akan letakkan kad raya itu pada sidebar belah kanan ni. :)




 Kad Raya from Hasrulhassan

Sepasang Doodle raya yang comel dari Apit


So, cepat-cepat kasi saya kad raya maya atau doodle raya atau apa-apa yang berkaitan raya okay. Nanti boleh masuk entry ini. haha

Cheers! ;D


Thursday, 25 August 2011

Entry Khas : Kepada Blogger-Blogger Yang Baik Hati :D

Assalamualaikum. Hari tu Mr.Ben ada buat segmen yang dinamakan SEGMEN BELOG PILIHAN HATI. Segmen ni memerlukan kawan-kawan pilih 10 belog terbaik untuk dimasukkan dalam belog pilihan hati mereka. Kiranya TOP TEN Belog pilihan hati dorang la. Hihi. Alhamdulillah, Wana antara 10 yang terpilih tu. Suprised and touching jugak la kan, sebab Wana pun baru setahun jagung dalam bidang belog-membelog ni, tapi ada gak yang nampak belog Wana yang kerdil kerdil ni. Siap pilih Wana lagi untuk masuk top ten.

Ok dah dah! Membebel lak Wana!

So, jom tengok belog-belog baik hati yang pilih belog Wana sebagai belog pilihan dorang :



BELOG PERTAMA




Wana says : Thanks sayang! Wana pun suka header Wana.
Tuan punya belog Farah, pilih Wana sebagai belog pilihan PERTAMA :)



BELOG KEDUA



Wana says : Yes! Background kita sama babe!
Dan kami memang cool! :D
Tuan punya belog, Jaja pun pilih Wana sebagai belog pilihan PERTAMA ;)



BELOG KETIGA



Wana says : Thanks pilih gua wahai AIZAT! Haha. Marah betul die kalau Wana panggil die Aizat!
Tuan punya belog, Aizat pilih Wana sebagai belog pilihan ke-DUA ;D



BELOG KEEMPAT



Wana says : Thanks si comel atas teguran dan pujian ;)
Tuan punya belog, Shuhaida pilih Wana sebagai belog pilihan ke-DUA ;D



BELOG KELIMA



Wana says : Thanks awak! Wana cuba story benda-benda yang best lagi okay :D
Tuan punya belog, Ikmal pilih Wana sebagai belog pilihan ke-DUA ;D



BELOG KEENAM



Wana says : Cik Kiah punya tak serabut la sayang ;)
Tuan punya belog, Cik Kiah pilih Wana sebagai belog pilihan ke-TIGA ;)



BELOG KETUJUH



Wana says : Header tuh retro ke? Hihi. 
Tuan punya belog, Nabiha pilih Wana sebagai belog pilihan ke-LAPAN ;D



Tak ada apa yang Wana mampu lakukan selain daripada buat satu entry khas untuk review belog-belog dorang, sebagai tanda TERIMA KASIH yang tak terhingga Wana kat dorang.

Korang semua, apa tunggu lagi, jom terjah belog-belog baik hati ni. ;D

Jumpa di sanaaaaa, di sanaaaa disanaaaaaaaaaaaaaa! ;D


Wednesday, 24 August 2011

Baby Paling Hodoh



OMG!
Kalau Wana jumpa kat mana-mana, konfem Wana pukul die laju-laju lepas tu campak dalam parit.



Beloglist AidilFitri Wana


Alhamdulillah. Selesai sudah Wana update Beloglist Aidilfitri Wana. Lega. Fuhh!

Semenjak dua menjak ni, Wana dilimpahi dengan kebizian yang melampau. Sampai nak makan pun tak sempat nak fikir. Berbuka pun ala kadar.

Kalau diri sendiri pun tak sempat menyempat, apatah lagi belog. Nak bukak belog pun tak ada masa. Sampai dah bersawang belog Wana. Tapi papepun, Wana still curi masa untuk create beloglist Wana dan jugak balas semua comment-comment kawan-kawan yang sempat di balas. Yela, janji kan kena ditepati.

So, 6 orang yang terpilih untuk masuk beloglist Aidilfitri Wana adalah :




Thanks korang sebab sudi comment Wana dan pilih Wana. ;)

Kepada korang yang lain, kalau nak join masuk jugak beloglist Wana, still ada masa :D


Jom join bloglist Aidilfitri Ben Ashaari





Tuesday, 23 August 2011

Dont Give Up


Courage does not always roar. 
Sometimes courage is the quiet voice at the end of the day saying, 
"I will try again tomorrow"




No matter what circumstance, no matter what difficulties
please

DONT GIVE UP!

Believe that Allah will always be with you.


Pic Courtesy : Google



Monday, 22 August 2011

Khas Untuk Gadis Sahaja : Sila Tag Diri Memasing


Specially for you all yang bergelar GADIS , 

Adakah anda pernah digelar apple?
Adakah anda rasa sedih sebab semua kawan-kawan anda sudah berpunya, tapi anda je belum?

Jika jawapan anda , YA
Sila baca bawah ini.



Amacam?
Dah boleh senyum?

Smile and cheers pretty babes! ;)


Sunday, 21 August 2011

Kau Bukan Untukku , Aku Bukan Untukmu



Amaran : Ini Entry berbaur Jiwang!
Sila muntah hijau sebelum anda teruskan membaca!


Wana guna Aku untuk entry ini.


Engkau bukan untukku. Titik. Noktah. Fullstop. Okay walau apa jua cara yang kau guna untuk hentikan semua itu, ia tetap akan berlaku. Kau bukan untukku.

Tiada jodoh antara kita. Itu saja yang dapat aku katakan. Kata-kata itu saja yang dapat aku simpulkan. Andai ada tali di sini, pasti aku rela simpulkan tali itu dari menyimpul kata-kata ku, tapi sayang tali itu sudah di guna oleh ibuku untuk membuat ampaian jemuran.

Hari-hari aku yang terisi, sudah semakin terasa kekosongan. Itu pasti. Malam-malam ku yang semakin menggembirakan, sudah semakin terasa kesepian. Itu juga pasti.

Dulu kau sentiasa ada menemani aku. Saat aku berduka, saat aku ketawa, kau sentiasa ada. Kau menghiburkan hatiku yang lara sehingga aku mampu tersenyum. Kau hilangkan rawan di hati sehingga aku mampu berdiri dengan baik. Kau yang selalu menenangkan hati ini. Tidak pernah kau tinggalkan aku kesepian keseorangan kerana kau sentiasa ada dengan ku.

Tapi sayang, aku tak pernah mengerti kehadiran mu. Aku hargai kau tetapi mungkin hati aku menafikan. Aku tolak semua perasaan itu di saat kau membutuhkan aku. Aku abaikan semua setelah kau mengharap padaku. Aku tak mengerti perasaan mu. Walau kadangkala kau cuba meluahkan, namun aku cuba mengelak.

Dia. Kemunculan dia di dalam kehidupan kau merubah segalanya. Tiada lagi kau yang sentiasa menemaniku. Tiada lagi kau yang sentiasa menjadi ubat penenang ku. Tiada lagi kau untuk membuat aku tersenyum. Tiada lagi kau menemani hari-hari sepiku. Tiada lagi kau dalam ketawa ku. Tiada lagi kau dalam setiap kata-kata ku. Kerana kau punya dia.

Pelik. Kenapa aku mesti merasa sedih dengan perkhabaran itu. Kau dan dia? Aku sepatutnya gembira. Atau paling kurang pun, aku tak patut merasa apa-apa. Tetapi kenapa hati aku terasa? Kenapa aku rasa tiada semangat lagi untuk teruskan hari-hari ku? Kenapa aku rasa lemah dan berduka. Dan kenapa hati aku terasa sakit? Itu aku tak faham.

Aku tak pernah salahkan dia. Mungkin ini takdirNya. Dia adalah jodohmu. Dia hadir di saat kau butuh seseorang. Maybe. Walau kau pernah mengharap padaku, jangan sesekali kau pernah tinggalkan dia untuk aku. Aku tau dia mampu membahagiakan kau lebih dari aku.

Aku? Tak perlu kau risaukan. Aku sentiasa redha dengan semua ketetapan Allah. Benar, apa yang diaturkan Allah itu penuh dengan 1001 kebaikan. Penuh dengan hikmah. Aku akan pujuk diri aku untuk belajar tersenyum, aku akan pujuk hati untuk belajar tertawa, aku akan pujuk hati untuk belajar erti kegembiraan, aku akan pujuk hati untuk bangkit dari rawan, walau tanpa kau. 


Percaya satu perkara ; AKU BUKAN UNTUKMU ;)







Thanks kerana membaca ;)


Saturday, 20 August 2011

Punca Hilang Nafsu Untuk Berbelog . Ini Bukan Entry Lucah!



Pic Courtesy : Google


Sejak dua menjak dan juga melarat kepada tiga menjak, Wana dapati ramai di kalangan rakan-rakan blogger telah hilang semangat untuk berblogging. Buktinya, boleh kata setiap hari Wana akan terbaca kata-kata yang berbaur ketiadaan-mood-ketiadaan-idea di update di dashboard Wana. Eh berapa banyak 'di' laa.




"Aku tak ada mood la nak berbelog"

"Dua tiga hari ni aku tak ada idea apa nak update dekat belog"

"Nak update belog tapi rasa macam malas"



Okay honestly, Wana pun ada mengalami sindrom-sindrom malas berblogging tersebut. Nafsu untuk berbelog menjadi semakin menurun dan juga keghairahan berbelog tiba-tiba menjadi lesu. Omg! Ini bukan entry lucah!

Setelah di buat sedikit siasatan, Wana dapati ketiadaan mood dan ketandusan idea untuk berbelog adalah disebabkan oleh 4 faktor :


1) Raya - Tak sabar nak raya. So fikiran tak dapat nak fokus untuk entry. hihi

2) Aidilfiri - Kesibukan untuk menguruskan persiapan perayaan menyebabkan mereka tiada masa dan tidak sempat untuk mencari bahan baru untuk belog

3) Raya - Keserabutan akbat memikirkan baju raya yang belum jugak siap. Sedagngkan raya tinggal lagi 10 hari. Omg!

4) Raya - Disebabkan bulan puasa, kepala asik fokus kepada apa menu berbuka, menu bersahur dan juga sibuk memilih kuih-kuih raya yang dijual kak Bedah dengan Kak Joyah.


Kesimpulannya, sindrom TAK ADA MOOD dan TAK ADA IDEA disebabkan oleh RAYA! 

p/s : Hehe. Wana pun tak de idea nak update belog sebenarnya. Hahaha!

Jangan mare. Nanti kena jual :D



Maaf! Lorong Cinta Kat Mana?




Pic Courtesy : Google



A bertanya kepada B.

A   :   Maaf , tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?

B   :   Encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul . semoga selamat sampai!





;)





Contest : Makan Apa Berbuka?




Menu paling menarik untuk berbuka puasa :


Wana rasa ini menu wajib kot pilihan semua rakyat Malaysia. Cewah :D
Murtabak megi yang paling hot sekarang ni kot. Hihi ;P



Roti John yang mabeles!

Eh, lebih kurang sama pulak dengan entry Wana yang INI

:D


Segmen : Belog Gua Berat Tak?





Segmen : Jom Tambah Follower




Nama : Wana 
Target Bilangan Follower : 999 boleh tak? Haha
Kelebihan belog : Belog saya simple, cute dan tak berat. Lagi satu belog saya banyak quotes dan moral stories. So, kalau nak cari quotes, datang la sini. Kalau nak berinspirasi pun boleh datang sini. Haha ;P

Sekian terima kasih :D



Ben Ashaari Nak Belog Dengan Segera





Token Of Appreciation : Laman Ayah Su


Hye korang. Baru ni Wana ada join dalam satu contest yang dianjurkan oleh Ayah Su. Nama contest tu "JOM TEKA BOLA". Dan Alhamdulillah, Wana dah memenangi teka bola tersebut. Yang buat Wana terharu bila Ayah Su buat satu entry khas untuk Wana. Thanks Ayah su! ;)



Okay ni entry yang Ayah Su buat pasal teka bola tu pada 17 Ogos yang lepas. Wana pun sekadar main teka je. Hihi. Dah nama pun teka bola kan. :D



Ini masam Ayah Su announce ada 2 pemenang ;)



Haa, ini adalah entri khas yang Ayah Su buat untuk Wana. Terharu sangat-sangat! ;)


Sebenarnya Wana tak tahu pun Wana menang. Wana tahu time Ayah Su buat entry khas untuk Wana. Kebetulan Wana nampak updated di dashboard. Wana cepat-cepat view and macam 'Opppocott mak kauu!". Haa camtu la rasa. Haha

Korang yang lain, ada masa jom terjah LAMAN AYAH SU. Sebab Ayah Su kadang suka buat contest. Mana tahu nasib korang lak lepas ni.

Good Luck! :D


Masa Kecik Suka Bercakap Dengan Kipas Sebab Bunyi Macam Robot




Hehe. Okay seriously masa Wana kecik-kecik dulu, Wana pun suka and selalu jugak buat macam tu. 
Oh, terbocor sudah rahsia =.=

Dulu-dulu suka duduk depan kipas, then bercakap sensorang. Konon-konon berangan jadik pemberita la dan blablabla. Suka sangat dengar suara jadik lain macam lam cite transformers! Haha

Eh jangan tak tahu. Best tau buat macam tu. Cuba korang try. 
Entah-entah korang pun sama kan buat macam tu. ;P

Cheers la ;D


Friday, 19 August 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...