Assalamualaikum,
Hye bloggers :)
Aku belajar satu perkara. Walau siapa pun kau, kau berpelajaran atau tidak, kau ber'tittle' atau tidak, satu perkara kau tetap sama-- menyalahkan @ menyebut nama orang lain apabila kau terdesak atau berada di hujung tanduk.
Serious babe!
Benda baru jadi dekat aku semalam. Aku ditugaskan untuk menyediakan report untuk bos. Aku bersama seorang staff buat, then pass pada aku untuk compile. Masa dapat semua part, aku dah maklumkan bahawa part yang dibuat oleh seorang 'hamba Allah' ni salah. Tetapi dia bertegas menyatakan apa dia buat tu betul. Aku fikir, takpelah nanti kalau bos tanya, kau jawab la sendiri!
Suprisingly! Masa hari kejadian, JELAS lagi NYATA, apa yang aku nyatakan benar-benar berlaku. Dokumen tu salah! Memandangkan aku yang bertanggungjawab compile semua dokumen, maka dah sah-sah lah aku yang disalahkan. Si 'hamba Allah' pula boleh buat tak tahu, siap dengan pakej 'Saya tak tahu, Wana yang buat'.
Mak Aiiiii..
Aku sentiasa bersangka baik dengan orang, berfikiran positive. Bahawa orang yang berpelajaran dan berpangkat ni semua bagus. Tapi aku silap. Apabila terdesak, mereka juga bisa jadi lebih dasyat dan teruk daripada orang yang biasa.
Tapi jangan salah faham dengan statement aku. Aku cuma nak betulkan persepsi sesetengah orang, sebab kalau ada je benda tak elok, mesti dorg akan salahkan orang yang tak berpelajaran.
"Patutlah perangai macamtu, belajar tak habis"
"Sedap je duk salahkan orang, tapi no wonder la org tak educated memang macam tu"
Dude please! Betulkan persepsi anda. Tak semua orang yang tak berpelajaran dan bertittle ni attitude zero. Dan tak semua yang berpelajaran ni attitude bagus.
Manusia-- setiasa ada pros and cons.
Berpelajaran atau tak berpelajaran-- masih punya pros and cons.
Sebab kita manusia.
Ok.
Thursday, 17 August 2017
Tuesday, 15 August 2017
Monday, 14 August 2017
Sunday, 13 August 2017
Hidup Adalah Pilihan
Assalamualaikum :)
Hidup ini adalah pilihan. Setiap hari kita kena buat pilihan dari sebesar-besar benda sehingga ke sekecil-kecil perkara. Semua adalah pilihan.
Saat kita buka mata setelah bangkit dari tidur, pilihan sudah bermula. Mahu bangkit atau mahu terus menyambung tidur?
Ya, setiap pilihan pasti ada risiko.
Adakah pilihan aku ini membawa kebaikan atau keburukan?
Adakah pilihan aku ini lebih baik atau lebih teruk dari sebelumnya?
Adakah pilihan ini akan buat aku lebih kuat atau lebih ranap?
Jawapan itu hanya ALLAH sahaja yang ada. Allah yang satu. Allah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.
Lalu adakah kerana masa lepas kita tidak terlalu cerah, maka kita pilih untuk tetap di sini tanpa berganjak sedikit pun?
Merasa takut, gentar akan pilihan yang dipilih akan lebih memudaratkan dari penderitaan sekarang.
Takut akan risiko.
Lalu apa jaminan bahawa keputusan untuk tidak berganjak akan memberi kebaikan berbanding derita?
Pokok pangkal nya mencuba.
Benar, keputusan yang aku ambil hari ini-- Mungkin akan jadi lebih baik dari sekarang & mungkin juga lebih teruk dari sekarang.
Tetapi, keputusan harus diambil untuk maju dan berubah.
Setelah itu jangan putus berdoa kepada Tuhan.
Moga dilindungi dan diberikan kebaikan dalam segala yang dipilih.
Tawakal.
Hidup itu risiko.
Dan risiko itu satu pilihan.
- WannaEiskay-
Subscribe to:
Posts (Atom)