Monday 19 September 2011

Suratan atau Kebetulan?


Suratan atau kebetulan? Pertemuan semula aku dan dia, adakah satu suratan atau hanya sekadar satu kebetulan yang tidak bermakna? Kenapa dalam banyak-banyak negeri di Malaysia ini, kami ditakdirkan untuk berada di negeri yang sama?  

Tidak pernah aku sangka bahawa penghijrahan aku ke negeri ini, jauh dari negeri asalku, telah menemukan aku dan dia sekali lagi di sini. Perasaan itu tetap sama cuma dalam suasana dan tempat yang berbeza. Suratan kah? Atau kebetulan kah?

Tidak juga ku sangka yang penghijrahan nya ke sini mempunyai seribu satu impian yang sama seperti impian aku. Cita-cita yang sama seperti cita-cita yang aku kejar. Suratan kah? Atau kebetulan kah?

Aku hanya percaya, itu adalah satu kebetulan yang tidak disengajakan.

Kebetulan aku dan dia terdetik hati untuk memilih negeri ini.
Kebetulan aku dan dia mempunyai cita-cita yang sama di sini.
Kebetulan aku dan dia memasang impian untuk berhijrah ke sini.

Semuanya kebetulan :)





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...