Saturday 16 December 2017

Kenapa Lelaki Takut Nak Dekati Aku?

Kenapa lelaki takut nak dekati aku?

Mereka selalu cakap aku ni high maintenance.
Mereka cakap aku susah nak jatuh cinta.
Mereka cakap aku susah nak dapat.
Dan macam-macam lagi.

Kenapa mereka suka buat tuduhan melulu?
Aku tak pernah demand apa-apa.
Selama ini aku Cuma jalani hidup seadanya.
Mungkin pada pandangan mereka, apa yang aku pakai, gaya hidup aku, post aku di social media itu something yang considered as ‘high maintenance’.

I don’t want to live lonely, forever.
I don’t want to die lonely.

Bila aku tengok cerita sweet stranger and me, aku rasa emo.
Aku hanya mampu tengok sampai episode 6 je, then aku stop.
Sebab apa?
Sebab aku jeles dengan Hong Na Ri.
Kenapa aku jeles dengan dia?—Sebab aku nak lelaki macam Ko Nan Gil.
Kenapa Ko Nan Gil?-- Sebab dia baik, protective, comel, kuat etc.

It may sound childish.
Just say whatever you want to say.
I know the perfect guy never exist.
The one that I waited so long never exist.
The one that I dreamed for was never exist.
I know.
I just need someone yang aku berkongsi rasa kasih dan saying, berkongsi cerita, suka dan duka aku dengan dia. 
Seseorang yang aku boleh call or text ‘jom pegi jalan-jalan’ bila weekend datang. 
I just want that.

Is that so hard for me to get one?

I just need someone..

Sunday 29 October 2017

Wana Takde Mood K Bye

Holla peeps.

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Air laut pun time pasang surut dia, inikan pulak manusia. Khennn?

Aku tak tau kenapa lately (semenjak dua menjak) aku rasa cam malas gile babeng nak berbelog. Rasa cam takde mood nak berbelog. Rasa cam.. Arghhh..

Takyah suruh aku menulis, nak buka belog pun aku malas. Padahal bermacam benda & cerita dalam kepala aku ni. Tunggu masa je nak diluahkan. Tapi tula apakan daya, manusia hanya merancang, Tuhan jua menentukan..

Erm Erm. Takpela, aku slow down dulu buat masa sekarang. Aku mintak maaf pada sesape yang invite aku join contest, msg aku join segment, giveway, etc, aku bukan tak nak join tapi aku tengah dalam fasa takde mood. Nanti aku datang mood, aku surely akan join (tu pun kalau contest masih berjalan. bhahaha). And aku mintak maaf jugak pada sesape yang hye hye aku kat chat box, dont worry tinggal je link korang kat situ, nanti aku dah okay aku melawat satu persatu umah korang ye.

Oh ya, kalay nak bagi kata-kata semangat kat aku, sila lah berbuat demikian di chat box, comment box @ email. Aku baca satu persatu doa dan kata-kata korang. K

Adios.

Quote Of The Day - Part 13



Dont misunderstood and judge me wrongly just because im quite.
Dont talk shit about me just because i didnt say any words.
Sometimes i just want to covered up your mistake and flaws.
I choose to not to talk much because im afraid all your sin will revealed.

Be happy when im silent.

Monday 16 October 2017

Quote Of The Day - Part 12




Some people treat others so so bad like hell,
then pretend like they are the one who hurt so bad.

some people pretend like you're bad person, 
so that they dont feel guilty about the things they did to you. 


And the worse things are..

some people who treat you like shit,
then get offended when you do the same to them.

What the heck.

Please know your worth.
There's a time u can be nice, but there's a time to say enough is enough.
Know the difference!


Oh by the way, i really dont care :) 

Wordless Monday


Saturday 14 October 2017

First Giveaway Dari Ronaldmohoni.Com

Assalamualaikum :)




Click pic di atas untuk join ya.
Good luck guys! :)

Wednesday 11 October 2017

Giveaway Suka Hati Lah by E'in

Assalamualaikum :D
Jom korang join Giveaway from Ein. Untuk details sila click pic di atas ya. Lalala

Untuk itu, Wana nak mengetag 2 orang kawan bloggers which is.. Jeng Jeng Jeng :D


Nama yang terpilih tu silalah join ye. Hehe
Till then :)

SEGMEN : NAK OM REVIEW BLOG

Assalamualaikum :)



Holla guys! Sebenarnya dah lama jugak Wana macam tak de mood nak update belog. Ntahler kenapa (kemurungan). Sobs Sobs.

Tadi pagi jenjalan kat belog, ternampak segmen ni. Nak join tadi pagi tapi sebab bizi giler, so skrg baru berkesempatan nak buat.

Okay back to the segment, Wana nak join Segment Nak OM Review Blog? Haaa untuk details silalah click pic di atas ya.

Oh ya, untuk segmen ni, peserta diminta (Wajib ya chuolls) untuk memberikan pendapat berkenaan belog dia. So here are my opinions:


i) Belog awak cantik & kemas
Wana ni sejenis yang tak suka masuk belog yang crowded, bersepah dan berat. Wana rasa semak mata memandang, berat lagi bahu Wana memikul beban penglihatan (Wahaha apa aku merepek). Tapi, belog awak tak berat which is good dan melancarkan perjalanan pengunjung untuk menjalankan aktiviti belogwalking tau. Malahan kalau nak Belogrunning pun bisa donggg! Susunan dia pun cantik dan kemas.

ii) Konsep B&W
Wana tak tau dan tak pasti pasal ni, tapi sepanjang penglihatan Wana perhatikan belog ni didominasi oleh dua kaler tersebut which is such a good concept.


Overall belog awak sangat okay dan kemas. (Ntah dah berapa kali Wana ulang perkataan kemas). Wana tak tau orang lain, tapi kalau Wana mmg Wana tak suka belog yang susunan berterabur dan terlalu lalu lalu banyak 'benda' yang nak dipamerkan. So yeah, i love ur belog babe! Saraghae! <3 :D

Cheers :)

Tuesday 10 October 2017

Pengumuman Wana Eiskay?

Assalamualaikum Bloggers :)


Nantikan pengumuman daripada Wana Eiskay sebaik sahaja followers belog ni mencecah 300+ ya. Teeheehee. 

Wana nak buek apo tuuu?
Giveaway? Contest? Apoo?

Haa rahsia la dulu. Nanti tak suprise.

Stay Tuned! :)


Quote Of The Day - Part 11

Assalamualaikum bloggers :)



Just because you took longer than others, doesnt mean that you failed.

Please keep in your mind that-- we walk in different path. Some might walking slowly and some might as well running. So, dont compare!

Sometimes the longest path that you went through, the sweetest outcome that you got. So please dont feel down because of that.

Till then.
Cheers :)


Tuesday 3 October 2017

How It Feels? Not Talking To Anyone For Days

Assalamualaikum bloggers :)

Im just thinking, macamana seseorang tu boleh menjalani hidup dia beberapa hari tanpa bercakap dengan sesiapa. I mean, percakapan lisan face to face, not only communication through social media such as Facebook, Whatsapp, Twitter, Instagram, Wechat, Line, Kakaotalk and etc (u named it).




I just dont get it. Because.......

I tried to not talking to anyone on 'lisan' or face to face for just only 2-3 days. I just stayed at home, and having conversation with my friends by just using whatsapp. And guess what happened to me?-- i feel so lemau. HAHA. I feel unhappy, i feel bad, i feel like something missing, i feel lonely, i feel down, i feel depress and many others negative feeling.  I dont know how to describe but i just feel bored to hell.

Is that normal? Is it happen to anyone or it just me?

Seriously i cant understand how people can stand to not talking to anyone for many days in a row. I have a friend that living alone & she doesnt like to hangout or going out from her house. She used to stay for a week or even a month without talking to anyone in lisan. I think if i were her, i would probably become crazy because of no communication for a very long period.

Maybe i kind of person that need friends around me. And for sure, as an independent woman (phewittt), i used to do some tasks n going anywhere alone. Such as going shopping alone, driving alone and  going anywhere on my own and etc. That situation happen when all my friends busy and i dont want to interrupt them.

But yeah, that 'alone' things doesnt mean u dont have to talk to anyone for days. Eventhough i always going anywhere alone, but still i tried to meet up with friends for dinner or having a drinks at least.


So im asking again. Am i normal?


LOL

Saturday 30 September 2017

Entry Khas: I'm The Lucky Winner - Happy Giveaway

Assalamualaikum Bloggers :)


Ini adalah entry khas.


Hye korang! :D Harini Wana happy berganda-ganda. Nak tau sebab apa? Sebab hadiah giveaway Wana dah sampai.. Yeeehaaaa! :D :D :D

Nak tau apa Wana dapat? Haa jeng jeng jeng :D (sila refer gambar bawah). Banyak kan? Macam iklan astro selalu sebut-- 'macam-macam ada'.xP




(Sila sengetkan kepala untuk baca ya :P)


Kalau nak tau Giveaway apa yang Wana dah join & menang, boleh flashback balik memory dekat sini ---> HAPPY GIVEAWAY by Mrs. Pip

Alhamdulillah. Sebenarnya Wana tak expect pun akan menang, just join secara suka-suka nak tambah kenalan & kawan baru. Tapi rezeki Allah tu tak pernah salah alamat.

Oh ya korang, alang-alang dah korang semua lepak kat entry ni, Wana nak kenalkan owner belog giveaway tu iaitu www.mrspip.comHaaa korang cepat-cepat belogwalking dan kalau boleh follow la sekali yaaa. Dont worry ya, tuan rumah tersangatlah baik dan peramah, so rerajin la tegur ya. Mana tau next contest Mrs. Pip, rezeki korang pulak. In Shaa Allah. :)


Wednesday 27 September 2017

Takut Untuk Memiliki

Assalamualaikum


Aku takut untuk memiliki,
Sebab setiap yang aku miliki pasti akan hilang dari aku
Kalau bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti,
Tapi pasti hilang.

Aku takut
Aku benar-benar takut

Aku takut untuk menerima kehadiran sesiapa dalam hidup aku
Aku takut untuk membenarkan kehadiran sesiapa dalam hati aku
Aku cuba untuk elak dan tepis sesiapa yang cuba hadir dan singgah
Aku cuba hindar segala rasa dari hadir ke dalam hati aku
Sebab aku harap aku tak sakit nanti
Bila kau hilang

Sebab aku tau
Aku tak cukup kuat untuk hadapi itu

Monday 25 September 2017

Segmen Blogwalking bersama Atiah

Assalamualaikum bloggers :)



Next segmen yang Wana join adalah Segmen Blogwalking bersama Atiah. For details sila click SINI ya kawan-kawan sekalian :)

Good luck :)

Giveaway Paling Gedik

Assalamualaikum bloggers :)



Today Wana nak ajak korang semua join Giveaway Gedik by www.bajuwarnacoklat.com. Untuk details macam biasa silalah reramai rajinkan jari jemari untuk click SINI yaaa!

Hadiahnya sangat-sangat-sangat lah comel plus gediks (ahha) iaitu baju tido yang comel. Secomel manakah baju tidur tersebut? Haaa maka segeralah dipersilakan melawat dan click link di atas untuk join dan usha hadiah sekali. 

Good luck guys! :)

Sunday 24 September 2017

Review: Kdrama-Manhole Feels So Good

Assalamualaikum bloggers :)

Today Wana dengan baik hatinya (ecece) nak buat review berkenaan satu Korean Drama yang best giler! Wana tau kat sini ramai peminat Korea tak kisah la peminat Kpop ke, Kdrama ke K apa pun, janji Korea. Hahaha.

Orait so Kdramas yang Wana maksudkan ialah jengjengjeng-- Manhole Feels So Good. Poster dia as below:



Sebenarnya member Wana yang recommand drama ni. Sebelum tu Wana dah baca dulu la sinopsis dan i found that its quite interesting. So, Wana cuba la tengok, dari episod 1 membawa ke episod 2 dan seterusnya Wana dah berjaya maraton cerita ni dari episod 1-14 dalam masa tak sampai 2 hari. Dasat tak? Haha. Sebenanya kalau betul-betul mengadap, sehari pun boleh habis maraton. Cuma as a normal person, Wana pun ada la kerojee lain nak dibuek nya senah oit. Tu yang takleh habis dalam sehari. Kuikui :P

Oh, for you guys information, drama ni sebenarnya dah bersiaran since 8 August 2017 & sekarang baru episod 14. 2 more episode babe! Wana just cant wait sebab berdasarkan siasatan terperinci, last episod is 16. So this week can be considered as final week. Weee! 

Okay disebabkan malam ni Wana baik hati, Wana bagi la sedikit sinopsis ya--
Mengisahkan Bong Pil (lakonan JaeJoong) yang sangat suka gila sama sorang gegel ni Soo Jin (lakonan Uee). Tapi si Soo Jin ni dah nak kawin next week. Maka nya si Bong Pil pun duk pikir acane la cara nak halang perkahwinan Soo Jin ni. Masa tu la dia terjumpa satu Manhole yang boleh bawak dia 'time travel' from one destination to another destination. How? Haa tengok la sendiri ya, tak aci la sume Wana nak cite, Nanti spoil! Haha. 😉

Bagi Wana cerita dia sangat interesting. I mean its not typical cerita cinta bapak kau Ceo, boyfriend dia director etc. Cerita dia unik dan lain dari yang lain. Tapi iya la, kalau nak lawan Goblin tu memang idokla terlawan. Cuma, yeah one of my list fav drama jugak la Manhole ni :)

Pelakon dia? 


Hero: Jae Joong as Bong Pil
 (Mak ai hansdome gile kat dalam cerita ni. Macam dah jatuh cinta la pulak dengan Bing Pil. Hahaha-- gelak jahat)

Heroin: Uee as Soo Jin
(Dont know why, she looks so thin is this movie)

Kawan hero & heroin: Baro as Seok Tae
(Kalau korang peminat B1A4, confirm korang kenal dia!)

Kawan Hero & Heroin: Jung Hye Seong as Jin Sook
(She's so cute!)


Dannnn.. actually ramai lagi pelakon dia. Sebab geng si Jae Joong ada dalam 7 orang. Nanti korang find out sendiri ya. 

Lepas tengok drama ni, Wana was like-- ermm best nya kalau betul ada manhole & tunnel ni. Boleh Wana pegi travel time ke Korea setiap masa. HAHAHA. Okay tak kelakar & tak masuk akal ya Wana. Dah boleh tidor dah tu sebab dah 11malam. Krooh.

Oh Oh ya, bagi yang nak download & tonton drama ni, boleh click di--> SINI yaaa!

Happy watching guys! and do share with me ur review & comment about this drama.

Till then. Cheers :)


Thursday 21 September 2017

Masalah, Ujian dan Dugaan Kehidupan


Pic Courtesy: inazahrah.wordpress.com


Assalamualaikum bloggers :)


Hidup kita ni memang tak dapat lari dari masalah kan? Masalah, ujian, dugaan.

Setiap orang diuji dengan dugaan yang berbeza-- sebab tiada manusia yang sempurna. Nobody perfect, maka sebab itu kita diuji.


Kadang kita nampak orang itu ada pasangan & dah kawin, kita takde.
Tapi kita tak tahu, maybe dia sedang berduka menghitung saat tak diberikan rezeki anak.

Kadang kita nampak orang tu bahagia bersama pasangan dan anak. Bestnya hidup dia!
Tapi kita tak tahu, maybe dia ada pergolakan rumahtangga or perangai pasangan yang annoying sampai dia sendiri rasa menderita berpasangan! Kadangkala hidup bersendiri lebih baik dari menderita dengan pasangan yang annoying.

Kadang kita nampak orang tu ada semua-- kekayaan, kecantikan, populariti.
Tapi kita maybe tak tahu dunia dia sendiri porak peranda dan hidup dalam keadaan yang tak happy.

Dan banyak lagi. Dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara. Kesemua andaian ini bukan mengajar kita untuk berfikiran negative pada orang lain, sebaliknya untuk mengajar diri kita bahawa tak semua orang mendapat segala yang dia nak. Pasti ada kekurangan di mana-mana yang kita tahu dan tak akan pernah tahu. 


Pic Courtesy: https://tommyboland.com


Kadang kala tak sesuatu yang kita nampak zahirnya elok, adalah elok
Sesuatu yang nampak sempurna dan cantik di mata kita, belum tentu cerita di dalam pun sama.

Tapi betul lah orang kata ya 'dont judge a book by its cover'. But for me, sometimes the cover do have an affect for certain people. Sometimes books with attractive covers aren't worth reading and likewise, sometimes book with unappealing covers can be an excellent read.


Berbalik kepada masalah/ujian/dugaan-- tidak dinafikan, semua yang bernama manusia pasti tak akan boleh lari dari semua kesedihan itu. Murung, sedih, down & segala lagi kesan negatif akan kita rasa. Segala itu akan membawa kepada rasa kecewa yang teramat sangat. Tapi sekecewa mana kita, masih jua kita kena hadapi segala masalah/ujian/dugaan itu. Sebab kalau lari, bukan sahaja tidak akan menyelesaikan semua, malahan menjadikan sesuatu perkara itu lebih kusut dan teruk.

Sakit. Ya memang sakit. Sampai hilang selera makan dan hilang mood untuk melakukan segala perkara. Tapi sampai bila? Hidup masih kena terus.
Percaya bahawa Allah itu sentiasa Adil. Selalu positive kan diri-- tak pe lah, Allah itu nak bagi something yang better dari apa yang ada sekarang. Atau mungkin juga sesuatu perkara itu tidak baik/tidak elok untuk kehidupan dan masa depan kita, sebab itu Allah ambil balik @ jauhkan dari kita. 

Allah creates every incidents for the best. Allah has a perfect, better & beautiful plan for us. 
Wana percaya Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih.
Sentiasa percaya :)






Monday 11 September 2017

Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )



Assalamualaikum :)

Jom join giveaway INI by Mrs Pip.
Jangan lupa click link di atas ya untuk details.

Good luck <3

Sunday 10 September 2017

Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri!

Assalamualaikum bloggers :)

Selamat hari Ahad korang!


Kali ni Wana nak join segmen daripada belog Rin Hijabist. 
For details macamana nak join dan hadiah yang menanti, sila CLICK SINI

Jom korang join! :D

Thursday 7 September 2017

True Love aka Cinta Sejati

Assalamualaikum :)


"Cinta itu membebaskan
Jika ia kembali, itulah cinta sejati"


My favourite quote from Naelofar Hijab Campaign yang diberi nama #NHtruelove. Korang dah tengok? Kalu belum sila tengok video kat bawah.



Tapi Wana bukan nak story pasal Naelofar Hijab, In fact bukanlah peminat Neelofa. Wana Cuma tertarik dengan video clip, quote serta lagu yang digunakan sepanjang pembikinan video ini. Serius Wana macam—wowww best giler video ni. Lagu tema dia, quote dia, kata-kata dia, serious melekat ke hati.

Ini lagu tema kempen tu which is from Dhany Katahati bertajuk True Love. 



Cinta itu tak bererti memiliki
Cinta itu tak semesti bersatu dan menyatu
Kadangkala kita perlu lepaskan orang yang kita cinta
Untuk dia cari kebahagiaan dia sendiri
Dan kalau kebahagian yang dicari itu adalah kita
Yakinlah yang dia akan kembali lagi
In Shaa Allah



First Giveaway By Blog Buku Pinky!



Assalamualaikum :)

Wana tengah rajin nak join giveaway, contest, segment ni. Makanya kalau ada antara semua yang disebutkan tadi korang nampak, silalah menge'tag' Wana ya. In Shaa Allah Wana akan join! (Nampak tak semangat dekat situ? Haha :x)

Okay back to the post, next giveaway coming from belog bukupinky.blogspot.com. 
Kenapa Wana nampak je terus join giveaway ni? 


Jawapan dia
Sebab Wana nak support sesama newbie. Wana dimaklumkan bukupinky adalah blogger baru dan ini adalah 1st giveaway yang dianjurkan. Wana pun budak baru (kalau salah tolong tunjukkan) dalam arena blogging dan Wana pun belum pernah buat giveaway lagi (soon ya, In Shaa Allah). Jadi, Wana rasa terpanggil untuk memberikan sokongan yang padu dan jitu (gittew) kepada beliau. Ewah, semangat sukan SEA tak habis lagi ni :P


So kawan-kawan lain, marilah kita bersama-sama join & support giveaway by bukupinky ni ya! (Tengah bayangkan Wana berdiri, sebelah kaki pijak lantai tinggi skit sambil mendongak atas & pegang bendera Malaysia. Haha. Okay tak kelakar Wana oi)
marilah mari hey, marilah mari hey

Oh ya, untuk tahu lebih lanjut berkenaan giveaway ini dan juga hadiah menarik yang menanti, jangan malu jangan segan sila click SINI

Good Luck :)



Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com



Assalamualaikum bloggers :)

Mialiana jemput semua blogger untuk join segmen bloglist by mialiana.com. Untuk details as usual silalah merajinkan jari jemari anda untuk click LINK INI

Wana sudah. Anda bila lagi? :D

Wednesday 6 September 2017

COMEBACK GIVEAWAY


Assalamualaikum. Tadi Wana jalan-jalan dekat blog kawan-kawan, ternampak la Cik Bel Bel tengah buat giveaway yang dinamakan 'COMEBACK GIVEAWAY'.

Untuk itu Wana nak tag 3 orang kawan blogger Wana iaitu: 
(jeng jeng jengggg)


Jom Jom korang reramai join. Untuk details berkenaan giveaway ni, sila click di SINI

Good Luck Guysss! <3

Quote of The Day - Part 10

Pic Courtesy: pinterest


I cant wait for WEEKEND!

Eh wait! U just started your day yesterday after 5 days of holidays, yet u cant wait for another holiday (which is weekend) ? :P

Oh well. Who doesnt love weekend right?
Lalala :D

Tuesday 29 August 2017

Sabar

Assalamualaikum

Teringat pesanan seorang teman

"Sabar itu manis buahnya"

Maka, bersabarlah untuk sedikit ujian
SABAR
In Shaa Allah ada 1001 kebaikan menanti 

Sunday 27 August 2017

Manusia Tidak Dapat Lari Dari Masalah

Assalamualaikum bloggers :)

Kalau dah bernama 'manusia', sememangnya kita tidak dapat lari dari masalah.

Susah macamana pun ia
Sakit macamana pun ia
Kecil atau besar macamana pun ia
... tetap harus diharungi

Tak ada siapapun mahukan masalah. Tanya saja seantero dunia, pasti semua akan mahukan kehidupan yang bebas dari masalah dan dugaan. Mahu hidup gembira, aman, damai setiap masa. Hati pun tenang, tak perlu fikirkan hal-hal yang membuatkan diri sendiri down.

Macam dalam drama pukul 7pm kan? Semuanya nampak indah, semua nampak menggembirakan, semua nampak mudah. Kadangkala terdetik di hati 'bestnya kalau aku jadi dia ni, hidup setiap masa happy je"

Tapi, kita ini bukan hidup dalam khayalan ye tuan-tuan dan puan-puan. WAKE UP! Kita hidup di dalam dunia realiti dan realitinya adalah semua makhluk yang bernama manusia tidak dapat lari dari masalah.

Tak dinafikan, kadang-kadang desakan masalah boleh buat kita nak lari jauh-jauh. Tinggalkan masalah tu. Tapi sebenarnya melarikan diri dari masalah, bukan hanya akan menyukarkan keadaan malahan akan membuatkan masalah itu bertambah kusut masai. Silap haribulan langsung yang kusut tu takleh dihuraikan balik. Hah masak!

What to do? Jangan lari dari masalah. Hadapi dengan tenang. Mungkin kita akan sakit sedikit semasa proses itu, tapi percayalah, sakit itu hanya sementara. Bersabarlah dengan sakit sementara itu, sebab disebalik semua kesakitan, ada penawar yang mujarab. Allah itu Maha Adil, remember that? Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita. Allah tahu kita kuat, sebab itu dihadirkan masalah dan ujian tersebut.

Chill k :)

Wednesday 23 August 2017

Sunday 20 August 2017

Depression

(Pic Courtesy: Google)


Depression. 
You can see many smiles every day. But you can never know whose world is actually upside down.

Tak semua yang kita lihat pada zahirnya sempurna, adalah sempurna. Adakalanya kesakitan dan kekurangan itu terlindung, samada untuk mengelak simpati orang atau belas kasihan.

There's always a story behind everything. There's a story behind every person. There's a reason why they are the way they are. Sometimes people pretend like everything are okay. But deep down, only ALLAH knows what happened. Only Allah know what's inside. 

Strong-- thats the only key. Fight depression. Go out. Meeting friends. Chill Out. You need someone to talk to to make you feel better. Lock yourself & stay alone in the dark wont solve ur problems. 

Please dont judge people easily. Because that can lead them to depression.
Step into their shows and walk their life. Only then you will know.

:)


Thursday 17 August 2017

Berpelajaran Atau Tidak Berpelajaran?

Assalamualaikum,

Hye bloggers :)

Aku belajar satu perkara. Walau siapa pun kau, kau berpelajaran atau tidak, kau ber'tittle' atau tidak, satu perkara kau tetap sama-- menyalahkan @ menyebut nama orang lain apabila kau terdesak atau berada di hujung tanduk.

Serious babe!

Benda baru jadi dekat aku semalam. Aku ditugaskan untuk menyediakan report untuk bos. Aku bersama seorang staff buat, then pass pada aku untuk compile. Masa dapat semua part, aku dah maklumkan bahawa part yang dibuat oleh seorang 'hamba Allah' ni salah. Tetapi dia bertegas menyatakan apa dia buat tu betul. Aku fikir, takpelah nanti kalau bos tanya, kau jawab la sendiri!

Suprisingly! Masa hari kejadian, JELAS lagi NYATA, apa yang aku nyatakan benar-benar berlaku. Dokumen tu salah! Memandangkan aku yang bertanggungjawab compile semua dokumen, maka dah sah-sah lah aku yang disalahkan. Si 'hamba Allah' pula boleh buat tak tahu, siap dengan pakej 'Saya tak tahu, Wana yang buat'.

Mak Aiiiii..

Aku sentiasa bersangka baik dengan orang, berfikiran positive. Bahawa orang yang berpelajaran dan berpangkat ni semua bagus. Tapi aku silap. Apabila terdesak, mereka juga bisa jadi lebih dasyat dan teruk daripada orang yang biasa.

Tapi jangan salah faham dengan statement aku. Aku cuma nak betulkan persepsi sesetengah orang, sebab kalau ada je benda tak elok, mesti dorg akan salahkan orang yang tak berpelajaran.

"Patutlah perangai macamtu, belajar tak habis"
"Sedap je duk salahkan orang, tapi no wonder la org tak educated memang macam tu"

Dude please! Betulkan persepsi anda. Tak semua orang yang tak berpelajaran dan bertittle ni attitude zero. Dan tak semua yang berpelajaran ni attitude bagus.

Manusia-- setiasa ada pros and cons.
Berpelajaran atau tak berpelajaran-- masih punya pros and cons.
Sebab kita manusia.

Ok.

Tuesday 15 August 2017

Wordless Tuesday



Think good thoughts and GOOD will find you.
Good thing good people
AMIN :)

Sunday 13 August 2017

Hidup Adalah Pilihan

Assalamualaikum :)

Hidup ini adalah pilihan. Setiap hari kita kena buat pilihan dari sebesar-besar benda sehingga ke sekecil-kecil perkara. Semua adalah pilihan.

Saat kita buka mata setelah bangkit dari tidur, pilihan sudah bermula. Mahu bangkit atau mahu terus menyambung tidur?

Ya, setiap pilihan pasti ada risiko. 
Adakah pilihan aku ini membawa kebaikan atau keburukan?
Adakah pilihan aku ini lebih baik atau lebih teruk dari sebelumnya?
Adakah pilihan ini akan buat aku lebih kuat atau lebih ranap?

Jawapan itu hanya ALLAH sahaja yang ada. Allah yang satu. Allah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Lalu adakah kerana masa lepas kita tidak terlalu cerah, maka kita pilih untuk tetap di sini tanpa berganjak sedikit pun?
Merasa takut, gentar akan pilihan yang dipilih akan lebih memudaratkan dari penderitaan sekarang.
Takut akan risiko.
Lalu apa jaminan bahawa keputusan untuk tidak berganjak akan memberi kebaikan berbanding derita?

Pokok pangkal nya mencuba. 
Benar, keputusan yang aku ambil hari ini-- Mungkin akan jadi lebih baik dari sekarang & mungkin juga lebih teruk dari sekarang.
Tetapi, keputusan harus diambil untuk maju dan berubah.
Setelah itu jangan putus berdoa kepada Tuhan.
Moga dilindungi dan diberikan kebaikan dalam segala yang dipilih.
Tawakal.

Hidup itu risiko.
Dan risiko itu satu pilihan.

- WannaEiskay-

Sunday 11 June 2017

Salam Ramadhan


Assalamualaikum


Salam Ramadhan 

From Wanna Eiskay :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...