Sunday, 21 August 2011

Kau Bukan Untukku , Aku Bukan Untukmu



Amaran : Ini Entry berbaur Jiwang!
Sila muntah hijau sebelum anda teruskan membaca!


Wana guna Aku untuk entry ini.


Engkau bukan untukku. Titik. Noktah. Fullstop. Okay walau apa jua cara yang kau guna untuk hentikan semua itu, ia tetap akan berlaku. Kau bukan untukku.

Tiada jodoh antara kita. Itu saja yang dapat aku katakan. Kata-kata itu saja yang dapat aku simpulkan. Andai ada tali di sini, pasti aku rela simpulkan tali itu dari menyimpul kata-kata ku, tapi sayang tali itu sudah di guna oleh ibuku untuk membuat ampaian jemuran.

Hari-hari aku yang terisi, sudah semakin terasa kekosongan. Itu pasti. Malam-malam ku yang semakin menggembirakan, sudah semakin terasa kesepian. Itu juga pasti.

Dulu kau sentiasa ada menemani aku. Saat aku berduka, saat aku ketawa, kau sentiasa ada. Kau menghiburkan hatiku yang lara sehingga aku mampu tersenyum. Kau hilangkan rawan di hati sehingga aku mampu berdiri dengan baik. Kau yang selalu menenangkan hati ini. Tidak pernah kau tinggalkan aku kesepian keseorangan kerana kau sentiasa ada dengan ku.

Tapi sayang, aku tak pernah mengerti kehadiran mu. Aku hargai kau tetapi mungkin hati aku menafikan. Aku tolak semua perasaan itu di saat kau membutuhkan aku. Aku abaikan semua setelah kau mengharap padaku. Aku tak mengerti perasaan mu. Walau kadangkala kau cuba meluahkan, namun aku cuba mengelak.

Dia. Kemunculan dia di dalam kehidupan kau merubah segalanya. Tiada lagi kau yang sentiasa menemaniku. Tiada lagi kau yang sentiasa menjadi ubat penenang ku. Tiada lagi kau untuk membuat aku tersenyum. Tiada lagi kau menemani hari-hari sepiku. Tiada lagi kau dalam ketawa ku. Tiada lagi kau dalam setiap kata-kata ku. Kerana kau punya dia.

Pelik. Kenapa aku mesti merasa sedih dengan perkhabaran itu. Kau dan dia? Aku sepatutnya gembira. Atau paling kurang pun, aku tak patut merasa apa-apa. Tetapi kenapa hati aku terasa? Kenapa aku rasa tiada semangat lagi untuk teruskan hari-hari ku? Kenapa aku rasa lemah dan berduka. Dan kenapa hati aku terasa sakit? Itu aku tak faham.

Aku tak pernah salahkan dia. Mungkin ini takdirNya. Dia adalah jodohmu. Dia hadir di saat kau butuh seseorang. Maybe. Walau kau pernah mengharap padaku, jangan sesekali kau pernah tinggalkan dia untuk aku. Aku tau dia mampu membahagiakan kau lebih dari aku.

Aku? Tak perlu kau risaukan. Aku sentiasa redha dengan semua ketetapan Allah. Benar, apa yang diaturkan Allah itu penuh dengan 1001 kebaikan. Penuh dengan hikmah. Aku akan pujuk diri aku untuk belajar tersenyum, aku akan pujuk hati untuk belajar tertawa, aku akan pujuk hati untuk belajar erti kegembiraan, aku akan pujuk hati untuk bangkit dari rawan, walau tanpa kau. 


Percaya satu perkara ; AKU BUKAN UNTUKMU ;)







Thanks kerana membaca ;)


6 comments:

  1. tak2 per
    sesekali jiwang ^^
    hehee

    ReplyDelete
  2. Errrr... Wa nyanyi versi VE..

    Aku menyesal tlh membuat kau menangis..
    Dan biar kau memilih yang lain..

    Ehem.. Ehem.. Best tak suara wa?

    Wana, wa nak share 1 cerita.. Wa ada seseorang di hati.. Dan cnta wa di-BALAS..
    Namun, kami sedar yang kami bukan di-CIPTA untuk satu sama lain..
    Kenapa? Ada lah sebabnya..
    Tapi kami masih menikmati cinta itu sebab kami mahu terus menikmati masa-masa yang ada tanpa ada rasa MENYESAL..

    OK. Macam takde kaitan je? Ha-ha-ha!

    ReplyDelete
  3. MNIM : Erkk. Ape kaitan tuh Mar? Haha. Gua lagi penin baca..

    ReplyDelete
  4. bluekk
    muntah hijau kuning biru semua keluo
    kakakaka
    :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...