Saturday, 20 August 2011

Punca Hilang Nafsu Untuk Berbelog . Ini Bukan Entry Lucah!



Pic Courtesy : Google


Sejak dua menjak dan juga melarat kepada tiga menjak, Wana dapati ramai di kalangan rakan-rakan blogger telah hilang semangat untuk berblogging. Buktinya, boleh kata setiap hari Wana akan terbaca kata-kata yang berbaur ketiadaan-mood-ketiadaan-idea di update di dashboard Wana. Eh berapa banyak 'di' laa.




"Aku tak ada mood la nak berbelog"

"Dua tiga hari ni aku tak ada idea apa nak update dekat belog"

"Nak update belog tapi rasa macam malas"



Okay honestly, Wana pun ada mengalami sindrom-sindrom malas berblogging tersebut. Nafsu untuk berbelog menjadi semakin menurun dan juga keghairahan berbelog tiba-tiba menjadi lesu. Omg! Ini bukan entry lucah!

Setelah di buat sedikit siasatan, Wana dapati ketiadaan mood dan ketandusan idea untuk berbelog adalah disebabkan oleh 4 faktor :


1) Raya - Tak sabar nak raya. So fikiran tak dapat nak fokus untuk entry. hihi

2) Aidilfiri - Kesibukan untuk menguruskan persiapan perayaan menyebabkan mereka tiada masa dan tidak sempat untuk mencari bahan baru untuk belog

3) Raya - Keserabutan akbat memikirkan baju raya yang belum jugak siap. Sedagngkan raya tinggal lagi 10 hari. Omg!

4) Raya - Disebabkan bulan puasa, kepala asik fokus kepada apa menu berbuka, menu bersahur dan juga sibuk memilih kuih-kuih raya yang dijual kak Bedah dengan Kak Joyah.


Kesimpulannya, sindrom TAK ADA MOOD dan TAK ADA IDEA disebabkan oleh RAYA! 

p/s : Hehe. Wana pun tak de idea nak update belog sebenarnya. Hahaha!

Jangan mare. Nanti kena jual :D



Maaf! Lorong Cinta Kat Mana?




Pic Courtesy : Google



A bertanya kepada B.

A   :   Maaf , tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?

B   :   Encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul . semoga selamat sampai!





;)





Contest : Makan Apa Berbuka?




Menu paling menarik untuk berbuka puasa :


Wana rasa ini menu wajib kot pilihan semua rakyat Malaysia. Cewah :D
Murtabak megi yang paling hot sekarang ni kot. Hihi ;P



Roti John yang mabeles!

Eh, lebih kurang sama pulak dengan entry Wana yang INI

:D


Segmen : Belog Gua Berat Tak?





Segmen : Jom Tambah Follower




Nama : Wana 
Target Bilangan Follower : 999 boleh tak? Haha
Kelebihan belog : Belog saya simple, cute dan tak berat. Lagi satu belog saya banyak quotes dan moral stories. So, kalau nak cari quotes, datang la sini. Kalau nak berinspirasi pun boleh datang sini. Haha ;P

Sekian terima kasih :D



Ben Ashaari Nak Belog Dengan Segera





Token Of Appreciation : Laman Ayah Su


Hye korang. Baru ni Wana ada join dalam satu contest yang dianjurkan oleh Ayah Su. Nama contest tu "JOM TEKA BOLA". Dan Alhamdulillah, Wana dah memenangi teka bola tersebut. Yang buat Wana terharu bila Ayah Su buat satu entry khas untuk Wana. Thanks Ayah su! ;)



Okay ni entry yang Ayah Su buat pasal teka bola tu pada 17 Ogos yang lepas. Wana pun sekadar main teka je. Hihi. Dah nama pun teka bola kan. :D



Ini masam Ayah Su announce ada 2 pemenang ;)



Haa, ini adalah entri khas yang Ayah Su buat untuk Wana. Terharu sangat-sangat! ;)


Sebenarnya Wana tak tahu pun Wana menang. Wana tahu time Ayah Su buat entry khas untuk Wana. Kebetulan Wana nampak updated di dashboard. Wana cepat-cepat view and macam 'Opppocott mak kauu!". Haa camtu la rasa. Haha

Korang yang lain, ada masa jom terjah LAMAN AYAH SU. Sebab Ayah Su kadang suka buat contest. Mana tahu nasib korang lak lepas ni.

Good Luck! :D


Masa Kecik Suka Bercakap Dengan Kipas Sebab Bunyi Macam Robot




Hehe. Okay seriously masa Wana kecik-kecik dulu, Wana pun suka and selalu jugak buat macam tu. 
Oh, terbocor sudah rahsia =.=

Dulu-dulu suka duduk depan kipas, then bercakap sensorang. Konon-konon berangan jadik pemberita la dan blablabla. Suka sangat dengar suara jadik lain macam lam cite transformers! Haha

Eh jangan tak tahu. Best tau buat macam tu. Cuba korang try. 
Entah-entah korang pun sama kan buat macam tu. ;P

Cheers la ;D


Friday, 19 August 2011

Bloglist Bersama Dunia Hidupku PCL








Tak Nak Merokok Bersama Pilihan Hati



"Dont kill me if you want to kill yourself"
I wont choose smooker 


Optical Illusion Part 6




Cuba korang TENGOK dan TENUNG bebetul gambar ni. 
Kaki awek ni pusing ke kanan ke ke kiri?

Selamat merenung. :D


Optical Illusion Part 5


Jom release ketegangan mata anda dengan games ini :



Yang mana satu paling panjang? Yang mana paling pendek?



Apa yang anda nampak?


Source : Zimbio

Lagi optical illusion kat SINI


Tempek dan Jelajah Belog




Sebab nak join : Tambah kawan dan tambah kawan :D


Lawak : Ho Ho Horlicks



Lawak sebelum nak g terawih :






Mama  : Bangun sahur ye anakku.
Anak   :  Mama bancuh ape?? ho..ho..horlicks ek??
Mama  : Haa ho..ho..hotak hang!! Bangun jela sahur. Aku tendang kang!!





Haha.




Dah-dah! G terawih jom! 





Jom Join Gadis Blogger




Tag bertuah :


Bloglist WanaEiskay Dah Keluar!


Alhamdulillah. Dah pun siap BLOGLIST WANA EISKAY. Semalam ingat nak buat segmen untuk pilih belog mana Wana nak letak dalam beloglist Wana. Yela sebab Wana tak pernah ada beloglist, then first time nak buat kan. Tapi disebabkan tenet yang teramat laju semalam, Wana pun decided untuk cancelkan segmen tu. 'LAJU' tau, bukan LAJU. ;P

And now Wana pilih random je 5 Blog terbaik bagi Wana untuk dimasukkan dalam beloglist Wana. Kenapa semua belog lelaki? Oh itu secara kebetulan. 5 belog yang Wana pilih ni seriously adalah belog yang Wana wajib terjah setiap hari. Asal nampak je nama depa updated kat dashboard tuh, laju je jari Wana click belog depa sebab nak tau story. So, atas kriteria tu Wana pilih depa-depa.


Ini belog yang Wana pilih :


(Updated : http://lulu-pages.blogspot.com/ telah ditambah ke dalam ohsem beloglist Wana)


Yang pasti, beloglist ni akan sentiasa di alter, di edit setiap masa. Maybe seminggu sekali, maybe sebulan sekali or maybe 2 hari sekali ke. Dan jugak maybe bilangan nya kekal , maybe up jadi 20 ke 35 ke. Depends pada sesedap-rasa Wana. Hi-hi.

Oh jom terjah belog depa kat sidebar belah kanan ni. ;)

Selamat menterjah!


Seronok Ke Buat Cerita Macam Tuh?




Kadangkala Wana jadi pelik dengan satu fenomena ni. Fenomena di mana semua orang berlumba-lumba nak jadi reporter tak bertauliah. Apabila ada pasangan yang putus cinta atau melalui episod duka dalam percintaan, semua macam berebut nak buat entry berkaitan dengan mereka. Kenapa mereka putus, sebab musabab? Bagaimana? Bila mereka putus? dan lagi dasyat bila sampai ke kisah orang ketiga pun nak dikorek keluar dengan sudu dan garfu. Meluat siot!

Bila ada satu sumber yang keluarkan pasal isu macam ni, yang lain tak de tunggu lama. Nampak je, terus depa create story jugak berkenaan hal berkenaan. Kononnya tak nak ketinggalan, nak kejar ranking. Yang tak best nye bila setiap entry tuh, ada 1001 cerita yang berbeza. Katakanlah ada 3003 entry keluarkan cerita yang sama, maka 3003 jenis penceritaan lah yang akan keluar. Biasa la kalau bab macam tu, laju je kan.

Yang tak best bila ada ketikanya kandungan entry-entry ini, penceritaan ini banyak membantu dalam menghuru-harakan lagi perhubungan pasangan tersebut. Bayangkan kalau depa ni dah macam nak berbaik, orang cakap baru je nak sejuk hati memasing, tetiba terbaca lak cerita-cerita yang dah ditokok tambah, pasal orang ketiga dan blablabla, terus depa masuk gear reverse balik.

Entry merapu di malam hari.
Sekian.


Thursday, 18 August 2011

Saya Blogger Prihatin








Quote of The Day - Part 6



Assalamualaikum. Rasa macam dah lama gile saya tak update any quotes kan? Inspirational quotes. Dulu everyday wajib update paling koman 1 quotes. Lately saya memang bizi dengan segala macam segmen dekat belog ni. Harus la kan. Kadang-kadang bila datang 'mood' bersegmen, habis semua segmen saya sapu. Tapi menang tak pernah. Wuwuu =.=


So ini quotes saya nak share untuk hari ini :


"You laugh because you think I'm different 
I laugh because you guys are all the same"






Soalan Untuk Mereka Yang bergelar Perempuan



Ada beberapa persoalan yang perlu Wana jawab sebagai perempuan :




1 - Setiap wanita meng-ANGAN-kan lelaki yang romantik. Ho-ho-ho. Jadi, aku nak tahu, apa lelaki tu boleh buat sampai korang boleh kelaskan lelaki tu seorang yang ROMANTIK?  Contoh: Say I love You everyday ke.. Depends on korang.


Jawapan : Lelaki yang dikelaskan sebagai ROMANTIK bagi Wana adalah lelaki yang sentiasa mengingati dan bertanya bagaimana khabarnya keadaan kita. Say ILebyu everyday bukanlah ukuran kepada keromantisan seseorang cowok. Tetapi bagaimana caring dan prihatin seseorang lelaki itu pada seseorang wanita. Sifat caring dan sentiasa ambil berat sebenarnya akan membuatkan seseorang wanita itu lebih menghargai si lelaki. Oh lagi satu Wana suka suprise! Romantik nya kalau lelaki tu selalu suprisekan Wana dengan something yang Wana rasa dihargai. Suprise tu tak semestinya bersifat kebendaan tetapi sesuatu yang membahagiakan. ;D



2 - Let say boyfriend korang tu vokalis sebuah broadBAND, korang pergi tengok showcase band dia. Dan si dia kata, lagu ni KHAS untuk kekasih saya. Lagu apa yang korang expect dia akan nyanyi? Bagi 1 lagu. Tak kisah lah lagu apa. Malay, eng, arab, nasyid, korean, etc... Contoh: I Knew I Loved You by Savage Garden.

Jawapan : Semestinya lagu "I Confess" by FT Island. Wana memang tertunggu-tunggu someone nyanyikan lagi ni untuk Wana. Lagu ni sangat cute, sweet, special dan comel. Sangat touching kalau dengar lagu ni. ;)




3 - Korang menginginkan boyfriend korang ala-ala watak fiksyen yang mana satu? Contoh: Seth Tan.

Jawapan : Wana nak boyfriend macam watak 'Gu Jun Pyo" dalam "Boys Over Flowers". Dia sentiasa tahu macamana nak tackle hati kita. Boleh berbual macam kawan baik, boleh jalan-jalan macam beshfriend. Seseorang yang bukan sahaja sebagai kekasih tetapi dalam masa yang sama macam kawan karib. Besttt!  ;)


Wednesday, 17 August 2011

Mr. Ben , Pendapat Saya Ialah





Segmen : Baju Raye Warne Ape




Baju raya kaler Biru Turquoise gitu. :D


Segmen Jom Kenal dan Tambah Rakan Blogger




Nama panggilan Blogger            :    Wana
Tarikh mula berblog                  :    17 July 2011
Rakan blogger terkini                :    160 Orang
Target tambah rakan blogger     :    999 Orang ;)


Jom Tambahkan Follower





Monday, 15 August 2011

Time Is Running Out Like Marathon




Kadangkala kita tak sedar masa berlalu terlalu pantas. Pejam celik pejam celik. Pejam tak celik-celik pun ada. Masa dah berjalan dan boleh kata berlari marathon dengan laju meninggalkan kita.

Kadangkala kita tak sedar. Kita leka. Kita lalai.

Kadangkala kita rasa masa yang kita ada terlalu banyak. Sebab itu ada yang cakap "Aku nak pergi buang masa dekat wayang or bla-bla-bla". Berlaku lambakan masa sampai kita nak je buang semua masa tu dalam tong sampah.

Andai saja masa itu boleh dijual beli kat kedai dan diganti dengan tukaran wang, pasti ramai yang berpusu-pusu ke kedai kan? Iye la, tukaran 1 JAM = 50 HENGGET! Amacam?

Sampai satu tahap, kita akan tersedar. Betapa kita kekurangan masa. Pada masa tu, pasti hati kita terdetik "Kalau la dulu aku bla-bla-bla" dan "Kalau dapat gostan balik masa kan bagus, bla-bla bla". Dan bermacam-macam 'kalau; lagi.

Time tu nak je kita pergi kat kedai tu dan beli balik semua masa-masa yang kita dah jual tadi. Time tu jugak nak je kita kutip balik masa-masa yang dah kita buang dalam tong sampah. Oh, jumpa lagi ke dengan masa yang dah kita campak tu?

Tapi sayang, masa yang berlalu tak mungkin dapat dimiliki kembali. Pada masa itu, penyesalan tiada ertinya.
Bak kata ajib, kKalau aku kerat kau 15 baru kau tau erti penyesalan. Ok abaikan ayat last.


"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang percaya,dan membuat kerja-kerja kebaikan,dan saling berwasiat pada yang benar,dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)"


Quote of The Day - Part 5




I'm proud of my heart. 
It's been played, stabbed, cheated, burned and broken,
but somehow still works :)



Pic Courtesy : Google



Sunday, 14 August 2011

Nukilan Hati : Cahaya




Adakala malam menjadi terlalu gelap. Kelam. Seperti tiada tanda-tanda cahaya akan muncul. Tiada cahaya seperti kebiasaan. Cahaya yang ku dambakan. Cahaya yang ku tunggu-tunggu sepanjang malam ku. Cahaya yang bisa membawa aku ke daerah yang ku kira membahagiakan.

Di manakah cahaya itu? Dulu, pernah aku merasakan hangatnya cahaya itu. Kehangatan yang sangat membangkitkan semangat ku. Dulu juga cahaya itu menghidupkan sisi kehidupan ku yang hampir mati. Dulu cahaya yang sama juga membawaku ke puncak bahagia.

Kini aku menantikan cahaya serupa. Cahaya yang aku tinggalkan tanpa aku sedari. Cahaya yang aku abaikan tanpa aku ambil peduli. Tergapai-gapai aku. Mencari-cari. Sisa-sisa kehangatan dulu.

Aku sakit. Aku sengsara. Aku menderita. Aku dambakan cahaya itu. Kerana aku naif.

Di sebalik kelam itu. Di sebalik malam itu. Disebalik gelap. Walau sedikit. Walau sekecil zarah. Namun.....

Aku mula rasakan kehangatan.


Original Dikarang oleh : WanaEiskay :)
Feel free to give me comment apa yang kurang dan lebih :)


Ben Ashaari Tanya Belog Saya Best Tak





Kenapa Pilih Suami Orang Sedangkan Ramai Lagi Teruna Di Luar





Source : Google


Peace Be Upon You Guys! ;) Suami orang. Nowadays ramai gadis-gadis yang memilih suami orang sebagai teman hidup sehidup dan semati. Kenapakah? Bagaimanakah? Adakah lelaki-lelaki teruna di luar sana sudah kurang kualiti dan kuantiti? Sama-sama kita kupas.




Faktor suami orang menjadi pilihan :




1) Kelebihan dari segi kematangan.


Suami orang ni dipercayai lebih matang dari lelaki teruna. Benar kah? Mereka dipercayai matang dari segi perangai, matang dari segi sikap, dan paling penting adalah matang dari segi layanan. Tahu-tahu sahajalah gadis-gadis muda ini memang cepat cair dengan layanan dan kematangan layanan mereka berjaya memikat hati gadis-gadis tadi.




2) Kehidupan yang lebih stabil.


Kebanyakan lelaki yang berstatus suami orang ini, kehidupan mereka sudah stabil dan mempunyai kedudukan yang sudah kukuh. Stabil dari segi ekonomi, ada kereta, ada rumah, dan juga kerjaya yang hebat. Kalau tak hebat pun, still boleh menampung kehidupan sekeluarga anak dan isteri. "Siapa tak mau hidup senang?" atau "Siapa yang nak hidup susah". Atas alasan itu, gadis-gadis ini lebih rela memilih suami orang semata-mata mahukan kehidupan mereka terjamin.




3) Suami orang lebih penyayang.


Suami orang lebih penyayang daripada lelaki muda. Iye ke? Mungkin kot. Kelebihan itu dimiliki oleh mereka mungkin disebabkan pengalaman perkahwinan yang pernah dilalui. Inilah satu perkara yang membuatkan wanita muda terpikat. Maklum lah, kebanyakan wanita muda ini sukakan lelaki yang pandai memujuk rayu, penyayang dan penyabar.




4) Tak suka bergaduh. Rimas lah!


Lelaki yang berstatus suami orang ini pernah melalui pengalaman memikat hati wanita. Semestinya mereka ini sangat 'romeo' dan sangat mahir dalam menangani masalah perasaan wanita muda. "Ala kalau setakat nak merajuk tu, small matter je bagi abang", kata mereka. Bagi wanita muda pula, lelaki teruna ni kurang matang dan kurang pengalaman dan sebab itulah sentiasa berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan. Atas alasan itu, wanita muda ini lebih rela memlilih suami orang demi mahukan sebuah perhubungan yang harmoni dan tiada gaduh-gaduh. (Fakta atau auta?)




Dalam pada itu, saya tertarik untuk berkongsi kata-kata ini dengan anda semua yang dipetik dari Metro :


Ingatan buat suami orang :


"Kepada semua suami, menjadi nakhoda untuk sebuah kapal sudah terlalu sukar kerana kehidupan ini sering dilanda ombak dan badai kehidupan. Inikan pula mahu mengemudi dua atau tiga kapal pada waktu sama. Mungkin berkahwin lebih daripada satu adalah sunnah Nabi, tetapi bolehkah suami bersikap adil seperti Nabi?"


Ingatan buat wanita muda pula :


"Bagi wanita muda, tidak salah berkongsi kasih, tetapi haruslah diingat jika anda berada di tempat isteri yang terpaksa dimadukan, janganlah mencari kebahagiaan di atas penderitaan wanita lain. Mereka mungkin nampak reda tetapi di dalam hati Allah saja yang tahu. Sebenarnya masih ramai lelaki bujang yang berkualiti dan boleh menjadi suami baik jika di beri peluang."




Kandungan entri ini adalah berdasarkan pemerhatian Wana sendiri. Terlebih terkurang, Wana mohon maaf. Bagi Wana, suami orang adalah hak orang. Hanya seorang wanita sahaja yang dapat memahami dan mengerti penderitaan wanita lain. Jadi, buka mata, buka hati dan buka minda sebelum bergembira atas penderitaan wanita lain. Wallahualam :)



Born and Grow






Source : Google



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...