Tuesday, 29 November 2011

Nukilan Hati Wana Eiskay



Assalamualaikum.

Kadangkala aku merasakan bahawa tiada apa lagi untuk aku di dunia ini. Aku tak punya siapa. Aku tiada cinta. Aku tiada sayang. Aku tiada teman. Kerapkali aku merasakan sedemikian. Sehingga aku rasa mengalah dengan dunia ini.

Aku butuh teman. Aku butuh sayang. Aku butuh cinta. Dan aku butuh kan semuanya. 

Aku lemah. Aku lelah. Aku hina di dunia ini.

Aku tiada semangat lagi untuk teruskan. Aku benar-benar putus asa. Putus harapan. Benar-benar. Itu yang aku rasa.

Aku rebah. Aku tiada daya untuk bangun. Aku tiada daya untuk melawan. 

Tetapi.......

Di saat aku putus asa dan rebah.

 Dia kuat kan dan bangun kan aku. 
Dia titip kan semangat dalam hati aku.
Dia sembuhkan kedukaan aku.
Dia berikan aku kekuatan.
Dia berikan aku cintaNya.
Die berikan aku sayangNya.
Dia berikan aku segalanya.


Anugerah yang paling berharga bila....... Dia tak pernah tinggalkan aku.


YA ALLAH..



Nukilan : Wana Eiskay =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...