Saturday, 27 August 2011
Kebetulan Atau Suratan?
Kebetulan yang indah. Aku tak pernah percaya kepada kebetulan. Bagi aku semuanya adalah suratan daripada Allah, bukannya sekadar kebetulan.
Tetapi beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku semenjak dua menjak ni, telah membuatkan aku mengubah paradigma pemikiran aku. Aku mula percaya kepada suatu kebetulan.
Ya. Bukan semua kebetulan itu tiada bererti. Allah adalah pengatur dan perancang yang paling Adil dan Maha Hebat. Kebetulan yang Allah cipta untuk ku, telah memberikan aku seribu satu kebahagiaan.
Dan sekarang aku percaya, kebetulan itu juga yang telah membawa aku ke sana.
Quote of The Day - Part 8
T.I.M.E
People always say that they have not enough time or everything.
But, are they spent their time in a correct way?
Yes. U can never get your time back, once you spent it.
So, dont waste your time!
Use it wisely.
SO that you will never regret that!
Pic Courtesy : Google
Friday, 26 August 2011
Edisi Raya : Kad Raya dan Doodle Dari Rakan Blogger
ATTENTION :
Ini sticky post sehingga raya. Entry baru sila scroll bawah :)
Kad Raya from Hasrulhassan
Sepasang Doodle raya yang comel dari Apit
Cheers! ;D
Thursday, 25 August 2011
Entry Khas : Kepada Blogger-Blogger Yang Baik Hati :D
Assalamualaikum. Hari tu Mr.Ben ada buat segmen yang dinamakan SEGMEN BELOG PILIHAN HATI. Segmen ni memerlukan kawan-kawan pilih 10 belog terbaik untuk dimasukkan dalam belog pilihan hati mereka. Kiranya TOP TEN Belog pilihan hati dorang la. Hihi. Alhamdulillah, Wana antara 10 yang terpilih tu. Suprised and touching jugak la kan, sebab Wana pun baru setahun jagung dalam bidang belog-membelog ni, tapi ada gak yang nampak belog Wana yang kerdil kerdil ni. Siap pilih Wana lagi untuk masuk top ten.
Ok dah dah! Membebel lak Wana!
So, jom tengok belog-belog baik hati yang pilih belog Wana sebagai belog pilihan dorang :
Ok dah dah! Membebel lak Wana!
So, jom tengok belog-belog baik hati yang pilih belog Wana sebagai belog pilihan dorang :
BELOG PERTAMA
Wana says : Thanks sayang! Wana pun suka header Wana.
Tuan punya belog Farah, pilih Wana sebagai belog pilihan PERTAMA :)
BELOG KEDUA
Wana says : Yes! Background kita sama babe!
Dan kami memang cool! :D
Tuan punya belog, Jaja pun pilih Wana sebagai belog pilihan PERTAMA ;)
BELOG KETIGA
Wana says : Thanks pilih gua wahai AIZAT! Haha. Marah betul die kalau Wana panggil die Aizat!
Tuan punya belog, Aizat pilih Wana sebagai belog pilihan ke-DUA ;D
BELOG KEEMPAT
Wana says : Thanks si comel atas teguran dan pujian ;)
Tuan punya belog, Shuhaida pilih Wana sebagai belog pilihan ke-DUA ;D
BELOG KELIMA
Wana says : Thanks awak! Wana cuba story benda-benda yang best lagi okay :D
Tuan punya belog, Ikmal pilih Wana sebagai belog pilihan ke-DUA ;D
BELOG KEENAM
Wana says : Cik Kiah punya tak serabut la sayang ;)
Tuan punya belog, Cik Kiah pilih Wana sebagai belog pilihan ke-TIGA ;)
BELOG KETUJUH
Wana says : Header tuh retro ke? Hihi.
Tuan punya belog, Nabiha pilih Wana sebagai belog pilihan ke-LAPAN ;D
Tak ada apa yang Wana mampu lakukan selain daripada buat satu entry khas untuk review belog-belog dorang, sebagai tanda TERIMA KASIH yang tak terhingga Wana kat dorang.
Korang semua, apa tunggu lagi, jom terjah belog-belog baik hati ni. ;D
Jumpa di sanaaaaa, di sanaaaa disanaaaaaaaaaaaaaa! ;D
Wednesday, 24 August 2011
Beloglist AidilFitri Wana
Alhamdulillah. Selesai sudah Wana update Beloglist Aidilfitri Wana. Lega. Fuhh!
Semenjak dua menjak ni, Wana dilimpahi dengan kebizian yang melampau. Sampai nak makan pun tak sempat nak fikir. Berbuka pun ala kadar.
Kalau diri sendiri pun tak sempat menyempat, apatah lagi belog. Nak bukak belog pun tak ada masa. Sampai dah bersawang belog Wana. Tapi papepun, Wana still curi masa untuk create beloglist Wana dan jugak balas semua comment-comment kawan-kawan yang sempat di balas. Yela, janji kan kena ditepati.
So, 6 orang yang terpilih untuk masuk beloglist Aidilfitri Wana adalah :
Thanks korang sebab sudi comment Wana dan pilih Wana. ;)
Kepada korang yang lain, kalau nak join masuk jugak beloglist Wana, still ada masa :D
Tuesday, 23 August 2011
Quote of The Day - Part 7
Courage does not always roar.
Sometimes courage is the quiet voice at the end of the day saying,
"I will try again tomorrow"
No matter what circumstance, no matter what difficulties
please
DONT GIVE UP!
Believe that Allah will always be with you.
Pic Courtesy : Google
Monday, 22 August 2011
Khas Untuk Gadis Sahaja : Sila Tag Diri Memasing
Specially for you all yang bergelar GADIS ,
Adakah anda pernah digelar apple?
Adakah anda rasa sedih sebab semua kawan-kawan anda sudah berpunya, tapi anda je belum?
Jika jawapan anda , YA
Sila baca bawah ini.
Amacam?
Dah boleh senyum?
Smile and cheers pretty babes! ;)
Sunday, 21 August 2011
Kau Bukan Untukku , Aku Bukan Untukmu
Amaran : Ini Entry berbaur Jiwang!
Sila muntah hijau sebelum anda teruskan membaca!
Engkau bukan untukku. Titik. Noktah. Fullstop. Okay walau apa jua cara yang kau guna untuk hentikan semua itu, ia tetap akan berlaku. Kau bukan untukku.
Tiada jodoh antara kita. Itu saja yang dapat aku katakan. Kata-kata itu saja yang dapat aku simpulkan. Andai ada tali di sini, pasti aku rela simpulkan tali itu dari menyimpul kata-kata ku, tapi sayang tali itu sudah di guna oleh ibuku untuk membuat ampaian jemuran.
Hari-hari aku yang terisi, sudah semakin terasa kekosongan. Itu pasti. Malam-malam ku yang semakin menggembirakan, sudah semakin terasa kesepian. Itu juga pasti.
Dulu kau sentiasa ada menemani aku. Saat aku berduka, saat aku ketawa, kau sentiasa ada. Kau menghiburkan hatiku yang lara sehingga aku mampu tersenyum. Kau hilangkan rawan di hati sehingga aku mampu berdiri dengan baik. Kau yang selalu menenangkan hati ini. Tidak pernah kau tinggalkan aku kesepian keseorangan kerana kau sentiasa ada dengan ku.
Tapi sayang, aku tak pernah mengerti kehadiran mu. Aku hargai kau tetapi mungkin hati aku menafikan. Aku tolak semua perasaan itu di saat kau membutuhkan aku. Aku abaikan semua setelah kau mengharap padaku. Aku tak mengerti perasaan mu. Walau kadangkala kau cuba meluahkan, namun aku cuba mengelak.
Dia. Kemunculan dia di dalam kehidupan kau merubah segalanya. Tiada lagi kau yang sentiasa menemaniku. Tiada lagi kau yang sentiasa menjadi ubat penenang ku. Tiada lagi kau untuk membuat aku tersenyum. Tiada lagi kau menemani hari-hari sepiku. Tiada lagi kau dalam ketawa ku. Tiada lagi kau dalam setiap kata-kata ku. Kerana kau punya dia.
Pelik. Kenapa aku mesti merasa sedih dengan perkhabaran itu. Kau dan dia? Aku sepatutnya gembira. Atau paling kurang pun, aku tak patut merasa apa-apa. Tetapi kenapa hati aku terasa? Kenapa aku rasa tiada semangat lagi untuk teruskan hari-hari ku? Kenapa aku rasa lemah dan berduka. Dan kenapa hati aku terasa sakit? Itu aku tak faham.
Aku tak pernah salahkan dia. Mungkin ini takdirNya. Dia adalah jodohmu. Dia hadir di saat kau butuh seseorang. Maybe. Walau kau pernah mengharap padaku, jangan sesekali kau pernah tinggalkan dia untuk aku. Aku tau dia mampu membahagiakan kau lebih dari aku.
Aku? Tak perlu kau risaukan. Aku sentiasa redha dengan semua ketetapan Allah. Benar, apa yang diaturkan Allah itu penuh dengan 1001 kebaikan. Penuh dengan hikmah. Aku akan pujuk diri aku untuk belajar tersenyum, aku akan pujuk hati untuk belajar tertawa, aku akan pujuk hati untuk belajar erti kegembiraan, aku akan pujuk hati untuk bangkit dari rawan, walau tanpa kau.
Percaya satu perkara ; AKU BUKAN UNTUKMU ;)
Thanks kerana membaca ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)