Sunday 14 August 2011

Kenapa Pilih Suami Orang Sedangkan Ramai Lagi Teruna Di Luar





Source : Google


Peace Be Upon You Guys! ;) Suami orang. Nowadays ramai gadis-gadis yang memilih suami orang sebagai teman hidup sehidup dan semati. Kenapakah? Bagaimanakah? Adakah lelaki-lelaki teruna di luar sana sudah kurang kualiti dan kuantiti? Sama-sama kita kupas.




Faktor suami orang menjadi pilihan :




1) Kelebihan dari segi kematangan.


Suami orang ni dipercayai lebih matang dari lelaki teruna. Benar kah? Mereka dipercayai matang dari segi perangai, matang dari segi sikap, dan paling penting adalah matang dari segi layanan. Tahu-tahu sahajalah gadis-gadis muda ini memang cepat cair dengan layanan dan kematangan layanan mereka berjaya memikat hati gadis-gadis tadi.




2) Kehidupan yang lebih stabil.


Kebanyakan lelaki yang berstatus suami orang ini, kehidupan mereka sudah stabil dan mempunyai kedudukan yang sudah kukuh. Stabil dari segi ekonomi, ada kereta, ada rumah, dan juga kerjaya yang hebat. Kalau tak hebat pun, still boleh menampung kehidupan sekeluarga anak dan isteri. "Siapa tak mau hidup senang?" atau "Siapa yang nak hidup susah". Atas alasan itu, gadis-gadis ini lebih rela memilih suami orang semata-mata mahukan kehidupan mereka terjamin.




3) Suami orang lebih penyayang.


Suami orang lebih penyayang daripada lelaki muda. Iye ke? Mungkin kot. Kelebihan itu dimiliki oleh mereka mungkin disebabkan pengalaman perkahwinan yang pernah dilalui. Inilah satu perkara yang membuatkan wanita muda terpikat. Maklum lah, kebanyakan wanita muda ini sukakan lelaki yang pandai memujuk rayu, penyayang dan penyabar.




4) Tak suka bergaduh. Rimas lah!


Lelaki yang berstatus suami orang ini pernah melalui pengalaman memikat hati wanita. Semestinya mereka ini sangat 'romeo' dan sangat mahir dalam menangani masalah perasaan wanita muda. "Ala kalau setakat nak merajuk tu, small matter je bagi abang", kata mereka. Bagi wanita muda pula, lelaki teruna ni kurang matang dan kurang pengalaman dan sebab itulah sentiasa berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan. Atas alasan itu, wanita muda ini lebih rela memlilih suami orang demi mahukan sebuah perhubungan yang harmoni dan tiada gaduh-gaduh. (Fakta atau auta?)




Dalam pada itu, saya tertarik untuk berkongsi kata-kata ini dengan anda semua yang dipetik dari Metro :


Ingatan buat suami orang :


"Kepada semua suami, menjadi nakhoda untuk sebuah kapal sudah terlalu sukar kerana kehidupan ini sering dilanda ombak dan badai kehidupan. Inikan pula mahu mengemudi dua atau tiga kapal pada waktu sama. Mungkin berkahwin lebih daripada satu adalah sunnah Nabi, tetapi bolehkah suami bersikap adil seperti Nabi?"


Ingatan buat wanita muda pula :


"Bagi wanita muda, tidak salah berkongsi kasih, tetapi haruslah diingat jika anda berada di tempat isteri yang terpaksa dimadukan, janganlah mencari kebahagiaan di atas penderitaan wanita lain. Mereka mungkin nampak reda tetapi di dalam hati Allah saja yang tahu. Sebenarnya masih ramai lelaki bujang yang berkualiti dan boleh menjadi suami baik jika di beri peluang."




Kandungan entri ini adalah berdasarkan pemerhatian Wana sendiri. Terlebih terkurang, Wana mohon maaf. Bagi Wana, suami orang adalah hak orang. Hanya seorang wanita sahaja yang dapat memahami dan mengerti penderitaan wanita lain. Jadi, buka mata, buka hati dan buka minda sebelum bergembira atas penderitaan wanita lain. Wallahualam :)



6 comments:

  1. yup setju
    suami orang hak seorang istri
    yg berpoligami tu len cte la kan
    tp kalo xdigodanye suami orang
    xkn jd poligmi
    hehe :D

    ReplyDelete
  2. hmmm...tak tau nak kata apa.
    try to put yourself in her shoes.
    sume ada sebab musabab kan? :)

    ReplyDelete
  3. Farah Hanim : Thanks Farah atas pendapat anda. Suami orang itu hak isterinya, Islam menghalalkan poligami tapi biarlah mampu berlaku adil :)

    ReplyDelete
  4. Anyyss : Yup dear. Semua benda ada sebab musabab nya. When i wrote this entry, i try to pun my self in their shoes. Both of them. Si isteri yang dirampas dan perempuan muda tersebut. Anyway thanks atas pendapat anyyss :)

    ReplyDelete
  5. nice one. mintak share boleyy???

    ReplyDelete
  6. semua sebab tu macam logik je..hurmm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...