Sunday, 14 August 2011
Nukilan Hati : Cahaya
Adakala malam menjadi terlalu gelap. Kelam. Seperti tiada tanda-tanda cahaya akan muncul. Tiada cahaya seperti kebiasaan. Cahaya yang ku dambakan. Cahaya yang ku tunggu-tunggu sepanjang malam ku. Cahaya yang bisa membawa aku ke daerah yang ku kira membahagiakan.
Di manakah cahaya itu? Dulu, pernah aku merasakan hangatnya cahaya itu. Kehangatan yang sangat membangkitkan semangat ku. Dulu juga cahaya itu menghidupkan sisi kehidupan ku yang hampir mati. Dulu cahaya yang sama juga membawaku ke puncak bahagia.
Kini aku menantikan cahaya serupa. Cahaya yang aku tinggalkan tanpa aku sedari. Cahaya yang aku abaikan tanpa aku ambil peduli. Tergapai-gapai aku. Mencari-cari. Sisa-sisa kehangatan dulu.
Aku sakit. Aku sengsara. Aku menderita. Aku dambakan cahaya itu. Kerana aku naif.
Di sebalik kelam itu. Di sebalik malam itu. Disebalik gelap. Walau sedikit. Walau sekecil zarah. Namun.....
Aku mula rasakan kehangatan.
Original Dikarang oleh : WanaEiskay :)
Feel free to give me comment apa yang kurang dan lebih :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahh..berbunga2 nukilan tu. Nice =p
ReplyDeletecahaya itu means??
smoga wana menemui kehangatan itu :)
ReplyDeletesaya taktau nak komen apa..
ReplyDeletetapi..
senyum je lah.. hehe :)
Miss : Sesuatu yang sentiasa ada dari Allah, cuma kadangkala kita leka dan lupa semua tu :)
ReplyDeleteYan : Thnaks Yan :)
ReplyDeleteAqim : Qim senyum pun wana dah puas hati. Hahaha :D
ReplyDelete