Monday, 15 August 2011

Time Is Running Out Like Marathon




Kadangkala kita tak sedar masa berlalu terlalu pantas. Pejam celik pejam celik. Pejam tak celik-celik pun ada. Masa dah berjalan dan boleh kata berlari marathon dengan laju meninggalkan kita.

Kadangkala kita tak sedar. Kita leka. Kita lalai.

Kadangkala kita rasa masa yang kita ada terlalu banyak. Sebab itu ada yang cakap "Aku nak pergi buang masa dekat wayang or bla-bla-bla". Berlaku lambakan masa sampai kita nak je buang semua masa tu dalam tong sampah.

Andai saja masa itu boleh dijual beli kat kedai dan diganti dengan tukaran wang, pasti ramai yang berpusu-pusu ke kedai kan? Iye la, tukaran 1 JAM = 50 HENGGET! Amacam?

Sampai satu tahap, kita akan tersedar. Betapa kita kekurangan masa. Pada masa tu, pasti hati kita terdetik "Kalau la dulu aku bla-bla-bla" dan "Kalau dapat gostan balik masa kan bagus, bla-bla bla". Dan bermacam-macam 'kalau; lagi.

Time tu nak je kita pergi kat kedai tu dan beli balik semua masa-masa yang kita dah jual tadi. Time tu jugak nak je kita kutip balik masa-masa yang dah kita buang dalam tong sampah. Oh, jumpa lagi ke dengan masa yang dah kita campak tu?

Tapi sayang, masa yang berlalu tak mungkin dapat dimiliki kembali. Pada masa itu, penyesalan tiada ertinya.
Bak kata ajib, kKalau aku kerat kau 15 baru kau tau erti penyesalan. Ok abaikan ayat last.


"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang percaya,dan membuat kerja-kerja kebaikan,dan saling berwasiat pada yang benar,dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)"


1 comments:

xfatynx said...

BW here. Hehe. Haah, kite pun selalu leka and last2 minute baru nak sedar dah buang banyak masa =.=''

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...