Friday, 19 August 2011

Seronok Ke Buat Cerita Macam Tuh?




Kadangkala Wana jadi pelik dengan satu fenomena ni. Fenomena di mana semua orang berlumba-lumba nak jadi reporter tak bertauliah. Apabila ada pasangan yang putus cinta atau melalui episod duka dalam percintaan, semua macam berebut nak buat entry berkaitan dengan mereka. Kenapa mereka putus, sebab musabab? Bagaimana? Bila mereka putus? dan lagi dasyat bila sampai ke kisah orang ketiga pun nak dikorek keluar dengan sudu dan garfu. Meluat siot!

Bila ada satu sumber yang keluarkan pasal isu macam ni, yang lain tak de tunggu lama. Nampak je, terus depa create story jugak berkenaan hal berkenaan. Kononnya tak nak ketinggalan, nak kejar ranking. Yang tak best nye bila setiap entry tuh, ada 1001 cerita yang berbeza. Katakanlah ada 3003 entry keluarkan cerita yang sama, maka 3003 jenis penceritaan lah yang akan keluar. Biasa la kalau bab macam tu, laju je kan.

Yang tak best bila ada ketikanya kandungan entry-entry ini, penceritaan ini banyak membantu dalam menghuru-harakan lagi perhubungan pasangan tersebut. Bayangkan kalau depa ni dah macam nak berbaik, orang cakap baru je nak sejuk hati memasing, tetiba terbaca lak cerita-cerita yang dah ditokok tambah, pasal orang ketiga dan blablabla, terus depa masuk gear reverse balik.

Entry merapu di malam hari.
Sekian.


3 comments:

GaRy™ said...

memang dah jadi tebiat kot... suka heboh2 perkara yang memusnahkan hidup orang lain.. kena batang hidung sendiri baru nak sedar... huhuhu... kadang2 diam itu adalah lebih baik..

~Sya~ said...

btol tuh..setuju sgt..drp takde apa..blh jadi apa2 hubungan tuh...

Fathiah Hamim said...

kenapa la nak kena jaga tepi kaen orang kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...