Wednesday, 27 September 2017

Takut Untuk Memiliki

Assalamualaikum


Aku takut untuk memiliki,
Sebab setiap yang aku miliki pasti akan hilang dari aku
Kalau bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti,
Tapi pasti hilang.

Aku takut
Aku benar-benar takut

Aku takut untuk menerima kehadiran sesiapa dalam hidup aku
Aku takut untuk membenarkan kehadiran sesiapa dalam hati aku
Aku cuba untuk elak dan tepis sesiapa yang cuba hadir dan singgah
Aku cuba hindar segala rasa dari hadir ke dalam hati aku
Sebab aku harap aku tak sakit nanti
Bila kau hilang

Sebab aku tau
Aku tak cukup kuat untuk hadapi itu

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...