Sunday 13 August 2017

Hidup Adalah Pilihan

Assalamualaikum :)

Hidup ini adalah pilihan. Setiap hari kita kena buat pilihan dari sebesar-besar benda sehingga ke sekecil-kecil perkara. Semua adalah pilihan.

Saat kita buka mata setelah bangkit dari tidur, pilihan sudah bermula. Mahu bangkit atau mahu terus menyambung tidur?

Ya, setiap pilihan pasti ada risiko. 
Adakah pilihan aku ini membawa kebaikan atau keburukan?
Adakah pilihan aku ini lebih baik atau lebih teruk dari sebelumnya?
Adakah pilihan ini akan buat aku lebih kuat atau lebih ranap?

Jawapan itu hanya ALLAH sahaja yang ada. Allah yang satu. Allah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Lalu adakah kerana masa lepas kita tidak terlalu cerah, maka kita pilih untuk tetap di sini tanpa berganjak sedikit pun?
Merasa takut, gentar akan pilihan yang dipilih akan lebih memudaratkan dari penderitaan sekarang.
Takut akan risiko.
Lalu apa jaminan bahawa keputusan untuk tidak berganjak akan memberi kebaikan berbanding derita?

Pokok pangkal nya mencuba. 
Benar, keputusan yang aku ambil hari ini-- Mungkin akan jadi lebih baik dari sekarang & mungkin juga lebih teruk dari sekarang.
Tetapi, keputusan harus diambil untuk maju dan berubah.
Setelah itu jangan putus berdoa kepada Tuhan.
Moga dilindungi dan diberikan kebaikan dalam segala yang dipilih.
Tawakal.

Hidup itu risiko.
Dan risiko itu satu pilihan.

- WannaEiskay-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...