Thursday 11 August 2011

Kenapa Tidak Boleh Jatuh Cinta Selepas Putus Cinta


Maaf entri ini kurang menarik dan kemas. Wana sedang sibuk. Selamat membaca! ;)




"Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu. 
Kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri."


Bouncing back from break-up is never the best times to launch a new relationship. Benar ke waktu selepas putus cinta bukan masa yang sesuai untuk memulakan perhubungan yang baru. Anda mungkin berdepan dengan bermacam risiko. Risiko ditinggalkan? Risiko dipermainkan? Ada yang berpendapat jangan sesekali fall dengan mereka!!!

Kenapa?


1) Sebagai tempat untuk meluahkan kesedihan.


Waktu selepas break-up adalah waktu yang sukar untuk dihadapi bagi seseorang. Pada waktu-waktu kritikal ini lah, mereka memerlukan seseorang sebagai tempat untuk meluahkan perasaan yang sedang remuk redam dan tempat untuk bercerita segala kelukaan hati. Mereka mendambakan seseorang yang dapat bersama-sama berkongsi pendapat dan menjadi pendengar yang setia kepada kita. Tapi awas! Jangan sesekali percaya kepada kata-kata yang keluar dari mulut mereka seperti "Awak hadir di saat-saat saya perlukan seseorang....." Kawal perasaan anda dari jatuh cinta dengan mereka dalam keadaan sedemikian. Kerana kadangkala luahan cinta yang dilafazkan bibir di saat kesedihan yang terlampau, bukanlah cinta sejati.


2) Gunakan anda sebagai alat untuk lupakan bekas kekasih


Apabila seseorang itu telah terbiasa mempunyai peneman duka dan tawa, maka break-up adalah satu tamparan yang agak besar bagi mereka. Kehidupan yang dilalui keseorangan sekarang pastinya berbeza dengan kehidupan dengan kekasih yang dijalani sebelum ini. Kesepian itu kadangkala boleh membunuh! Dan kerana kesepian juga membuatkan mereka ingin mencari seseorang dengan secepat mungkin untuk mengisi kekosongan ruang dalam kehidupan seharian. Tapi awas! Kekosongan kehidupan yang terisi bukan bermakna kekosongan di hati juga terisi. So be aware :)


3) Gunakan sebagai alat untuk jeleskan bekas kekasih.


He confess to you that he loves you. He really fall in love with you and propose you to be his new girlfriend. Wait! Perhatikan dulu, adakah perkara-perkara ini ada terjadi apabila terserempak dengan bekas kekasih dia :

i) Genggaman tangannya menjadi kuat secara tiba-tiba berbanding sebelumnya.
ii) Pautan di bahu dan juga pelukan menjadi terlebih erat berbanding before. Sebelum tu peluk biasa je, bila ternampak bekas kekasih, tiba-tiba je anda jadi sesak nafas dek dipaut terlalu erat.
iii) Kemesraan yang super extra jadi over selepas terserempak bekas kekasih secara tiba-tiba.

Lagi satu selepas saja terserempak dengan bekas kekasihnya, wajahnya berubah seperti sedang ada masalah.

Awas! Itu tandanya yang dia buat semua itu untuk bekas kekasihnya. Dan anda adalah alatnya sahaja!


4) Semata-mata untuk balas dendam pada perempuan.


Ada lelaki yang dapat menerima hakikat perpisahan dan ada juga yang tidak. Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat, hati mereka sering mengatakan "Tak ada perempuan yang akan buat aku terluka lagi" atau "Perempuan sama je". Bagi mereka perempuan semuanya bersifat heartbreaker. Hanya kerana mereka pernah melalui pengalaman dilukai oleh bekas kekasih, maka mereka melabelkan semua perempuan lain dengan label dan jenama yang sama.


Memulakan perhubungan yang baru selepas putus cinta bukan sesuatu yang mustahil. Ia boleh berlaku dalam keadaan, atau niat yang tertentu. Seperti mutiara kata di bawah :


"Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak"


P/s : Anda di alu-alukan untuk memberikan dan menambah pendapat anda. Pandangan yang Wana nyatakan hanya dalam situasi tertentu sahaja. Harap maklum :)


5 comments:

  1. wee :)
    sgt setju
    fara pernh bt,cube suke2 orang yg suke fara sbb nak lupekn ex..tp xmenjdi pom..sbb xleh trime org len kan..xkn la lepas sehari puts,fara trus nak lyn org len kan.hehe :D

    fara xderla gunekn die as alat tuk lupekn ex..tp tmpt tuk luahkn perasaan ye:D.hahha tp..sekrg just kwn biasa je

    ReplyDelete
  2. Ema razali : Thanks sayang. Kalau ada apa-apa nak tambah, silakan :D

    ReplyDelete
  3. Farah Hanim : Iye ke fara? Betul cakap fara tu. Tak kan selepas putus kita terus nak jatuh cinta kan. Semuanya kena take time gak. Anyway Wana doakan kebahagiaan farah :)

    ReplyDelete
  4. kenapa anda tidak boleh jatuh cinta selepas putus cinta?
    sebab aku kata tak boleh...melawan?ape pon boleh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...