Tuesday 9 August 2011

Dugaan dan Durian




Seandainya kita ditimpa sesuatu musibah, jangan sesekali merungut. Anggaplah itu sebagai satu ujian dari Allah kepada kita. Ujian untuk menguji dan menilai sekuat mana diri kita. Allah mahu kita muhasabah diri kita.

Kadangkala untuk memperolehi sesuatu yang manis itu, memerlukan kepada seribu satu kepahitan. Sebagai contoh seperti seseorang yang ingin makan durian. Duri yang banyak dan kepayahan untuk mengupas isi durian itu bukan main susah. Tapi apabila sudah dikupas, dapat menikmati isi nya yang manis dan sedap. Dalam kehidupan ini, pastinya kita akan menghadapi perkara-perkara sebegini.

Tidak kira apa sekali dugaan yang Allah berikan, anggap sahaja sebagai satu cabaran sebagai hambaNya. Jangan anggap semua kesusahan dan penderitaan sebagai satu alasan untuk kita berhenti daripada mengingati Allah.

Dalam pada itu Wana tertarik dengan satu quotes ini.

"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambanya di luar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian itu, sebab itu lah Allah memberikan dugaan sedemikian"

Pic Courtesy : www.iluvislam.com


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...