Wana guna Aku
Peace Be Upon You Guys! ;) Followers kaki kencing. Aku dah lama nak buat entry pasal isu ni, tapi baru sekarang aku berkesempatan nak buat. Disebabkan kemunculan Followers kaki kencing di dalam belog aku semakin bercambah bak benih cendawan selepas hujan, maka aku mengambil keputusan drastik untuk menaip dengan rajinnya pada malam ini.
Followers. Kenapa mesti ada yang menipu untuk mendapatkan followers? Ada followers yang tanpa segan silumalu tinggalkan mesej dekat shoutmix aku yang menyuruh aku follow belog dia dengan alasan dia ada follow belog aku. Lebih kurang macamni la ayat dorang.
"I dah follow u. Sila follow belog i balik"
"Follow saya balik tau sebab saya dah follow belog awak"
Tapi ternyata aku telah ditipu dengan rakus. Setelah aku penat menfollowkan diri pada belog beliau, ternyata beliau tiada dan tidak memfollow pun belog aku. Oh kesian daku!
Apa cerita yang aku nak sampaikan dekat sini?
Ini adalah satu keadaan di mana
seorang follower menipu follower lain semata-mata untuk kepentingan diri. Seriously aku tak pernah PAKSA sesape untuk follow belog aku. Aku lagi suka kalau follower follow belog aku dengan IKHLAS. Tapi
sila lah jangan menipu orang lain semata-mata nak orang tuh follow belog korang.
Kalau korang hantar pesanan macam tuh dan korang betul-betul follow, itu tak ada hal. Tapi bila korang trick orang lain dengan mengatakan yang korang dah follow dan suruh follow balik,
tapi hakikatnya korang tak ada follow pun, its a rubbish! its just a trick to others kan?
Aku tak kisah sebenarnya kalau ada yang hantar dekat shoutmix aku "
I dah follow u blablabla", tapi biarlah korang betul-betul follow. Korang menipu dengan drop kat aku ayat macam tuh, semata-mata nak suruh aku click follow dekat belog korang. Puas ke dengan menipu? Kau dah puas? Kau nak lagi? Nak lagi? Aaron Aziz yang tanya, bukan aku. =.=
Aku dah banyak kali jugak terjumpa dan terserempak dengan followers kaki kencing macam tuh kat sini. Sampai hati kan dorang menipu newbie macam aku. Sobs ='( Sesape yang follow aku, InsyaAllah aku akan follow balik. Tapi bila dorang menipu aku macam ni, aku dah jadi tawar hati dan lemah sendi untuk follow dorang balik tau!
Aku tahu aku newbie aka blogger baru. Mungkin ada yang cakap aku sebagai blogger baru tak layak nak menegur dorang yang dah ada follower 100 and above, but at least aku rasa layak untuk bersuara.
Please la yer wahai follower yang berkenaan. Cukup-cukup la buat taktik murahan macam tuh.
Wana yang tak emo.
Sekian.